Salam Ramadhan Kareem semua .Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kelima untuk kita menunaikan ibadah puasa. Pada kali ini, admin nak berkongsi dengan sahabat semua tentang beberapa amalan sunat yang boleh kita lakukan ketika bulan Ramadhan yang mulia ini. Baiklah, straight to the point :
1) Membaca Al-Quran
Membaca al-Quran bukanlah suatu amalan yang susah. Bayangkan kalau di luar bulan Ramadhan setiap huruf yang dibaca mengandungi sepuluh kebaikan, apatah lagi di bulan Ramadhan! berganda-ganda tu! =) untuk menjadikan aktiviti membaca al-Quran ini lebih bermakna, amalkanlah bertadarrus ramai-ramai di malam hari selepas solat sunat Tarawih.
2) Menahan hawa nafsu
Di bulan yang mulia ini, sama-samalah kita menahan dan mendidik nafsu kita supaya mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran semasa berbuka. Selain itu, tahan segalan perbuatan dan pandangan kita daripada melihat perkara-perkara yang menaikkan syahwat.
3) Solat sunat Tarawih
Solat Tarawih sangat dituntut di bulan mulia ini. Sabda Nabi SAW, " Barangsiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah, nescaya Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang terdahulu."
4) Sedekah
Amalan memberi sedekah ini amat dituntut kerana bukan sahaja meringankan beban kepada orang yang mendapat sedekah tersebut bahkan juga mengingatkan kita betapa besarnya nikmat Allah kurniakan kepada kita. Jadi tidak salah sekiranya kita kongsikan nikmat tersebut kepada orang yang lebih memerlukan seperti golongan fakir miskin dan anak yatim walaupun sekadar sebiji kurma.
Amalan sunat lain :
@ menyegerakan waktu berbuka dan melewatkan waktu sahur
@ memperbanyakkan berdoa
@ berbuka dengan buah kurma atau makanan yang manis
@ iktikaf di masjid
@ menggandakan ibadah di 10 malam terakhir Ramadhan
Kesimpulannya, banyak amalan sunat yang boleh kita lakukan pada bulan Ramadhan. Terpulanglah kepada kita samada untuk melakukannya atau tidak. Admin mengingatkan diri admin dan sahabat semua agar sama-samalah kita menggandakan ibadat kita dengan harapan agar ianya mendapat keredhaan Allah SWT. sekiranya sahabat semua ada input tambahan atau ingin membuat penjernihan dan pencerahan berkaitan amalan sunat ini, silakan. Terima kasih kerana sudi membaca.
-Mohd Syahrul Sopian Bin Sulaiman-
(Mahasiswa Nadi Negara)
(Mahasiswa Nadi Negara)
No comments:
Post a Comment