Tipulah kalau saya cakap filem luar negara tidak menjadi pilihan.. Transformers belum keluar dekat youtube mesti dah survey. Bagi saya tiada salahnya untuk mengadaptasikan sebuah novel menjadi filem. Filem luar negara pun macam tu jugak kan. Spiderman, Superman. Semua dari komik. Lebih kurang macam novel jugakkan? Hehe. Lagi pun, ini memudahkan bagi orang yang kurang berminat atau pun tidak mempunyai masa untuk membaca tapi lebih selesa menonton sahaja. Tapi sedih juga kerana bilangan filem yang berunsur patriotik sekarang sudah semakin berkurangan. Apapun saya sokong industri MALAYSIA juga!!!
(Mahasiswa Nadi Negara)
Realiti dan fiksyen. hanya dua itu sumber yang mmberi ilham kepada penghasilan skrip, novel dan medium seni yang lain. Kelebihan filem diadaptasi dari novel adalah penerbit sudah pun mempunyai sasaran penonton (pembaca novel tersebut), cuma tinggal lagi memerlukan olahan kreatif sutradara untuk 'mencipta' ilusi yang sehabis hampir dengan imaginasi pembaca sewaktu mereka menyelusuri novel tersebut. Kekurangannya pula, lebih kepada kekangan masa. Bagaimana sebuah novel setebal 900muka buku, eh muka surat, hendak dimuatkan dalam filem berdurasi 90minit. Banyak babak yang pasti diubah dan dipotong, sama ada ianya baik atau tidak, terserah kepada citarasa penonton itu sendiri...
(Mahasiswa Nadi Negara)
Tidak salah mengadaptasi novel menjadi sebuah filem ataupun drama, malah kita dapat menikmatinya secara nyata tidak hanya secara lisan. Masih ramai termasuklah saya, menggemari kedua-dua versi. Sama ada menikmatinya secara lisan mahupun secara zahir. Hal ini juga membantu penulis novel meningkatkan hasil penjualan novel mereka hasil dari permintaan mereka yang masih belum membaca novel itu, contohnya Nora Elena yang didaptasi dari Novel Kasih Yang Suci. Saya suka filem-filem berunsurkan perpaduan seperti Estet, hasil karya Mamat Khalid. Amat bagus! Berupaya memupuk semangat kekitaan. Tapi sayangnya, kurang mendapat tempat dihati rakyat malaysia. Macam filem Pensel. Plot menarik tapi sayang, penonton di Malaysia kurang meneliti soal mesej dalaman.. Kalau dahulu, saya akan katakan filem dari luar negara, tapi sekarang. Saya akan katakan dalam negara. mahu tahu kenapa?? Filem kita sekarang juga setanding dengan filem-filem dari luar. Cuma ya, boleh diperbaiki dari segi visual = CGI dan sebagainya.. Memang percubaan yang baik! Saya berbangga menjadi anak Malaysia! Sangat berharap bakal-bakal pewaris seni teater dan perfileman akan menghasilkan karya2 yang bermutu serta boleh membangkitkan semangat negara!
(Mahasiswa Nadi Negara..)
Bagi saya, industri filem kita semakin berkualiti. Penggiat-penggiat seni kita semakin matang dalam penghasilan karya-karya berwajah Malaysia. Tetapi sekarang ini sudah jadi trend drama dan filem melayu banyak yang diadaptasikan daripada novel. Bagi saya, hilang surprisenya terutamanya bagi peminat dan pembaca yang sudah mengikuti cerita itu dalam bentuk novel. Tak payah tengok pun mereka sudah tau jalan cerita. Lagi novel yang akan difilemkan = Ombak Rindu. Baru-baru ni drama Trilogi Cinta juga diadaptasi daripada sebuah novel. Bagi saya yang peminat novel ni memang dah tak best menonton sebab dah tau jalan cerita. Namun begitu, usaha untuk mengadaptasikan novel menjadi sebuah karya dalam bentuk visual ini amat bagus. Hal ini kerana semua usaha ini memerlukan kreativiti pengarah atau penerbit itu sendiri supaya mengolah filem tersebut tanpa mengubah jalan cerita yang asal. Tetapi bagaimana industri kita nak maju kalau kita dilambakkan dengan cerita dan drama setiap hari sedangkan drama melayu kita seminggu sekali je. Mana keadilannya.. hmmmmm..
(Mahasiswa Nadi Negara)
Bagi saya kedua-duanya ok, saya minat. Harry Potter, Pirates of The Caribbean, Fast Furious, Hantu Kak Limah, Khurafat, Hikayat Merong Mahawangsa dan Puteri Gunung Ledang. Semua suka lah. Mana yang menarik dan berkualiti, kita sokong. Bagi saya ada bagusnya adaptasikan novel kepada filem sebab kita dapat gambaran yang lebih jelas apabila dilakonkan semula berbanding dengan apa yang kita sering bayangkan ketika membaca novel tersebut. Untuk menghasilkan filem yang berkualiti, pelakon yang melakonkan watak juga kena mainkan peranan mereka. Hayati watak dengan sebaik mungkin. Kalau sedih, kena betul-betul sedih. Kalau gembira, kena betul-betul gembira. Baru karya tersebut realistik. tetapi kalau nak dibandingkan drama seberang dengan drama melayu kita, pada saya drama kita lebih berkualiti. Kerana drama asing ini kelihatan murah dan jalan cerita yang sama walaupun drama dan pelakonnya berlainan. kalau tak masuk jail, mesti masuk hospital. Kalau masa kecil terpisah dah besar jumpa, sorang kaya sorang miskin. Yang miskin harus kena tindas, yang kaya wajib ada watak antagonis. Anyway, watch movie make me smile. Smile make me youngest. And smile make us happy… :)
(Mahasiswa Nadi Negara)
Pada saya kedua-duanya pun boleh, janji berkualiti. Tak suka orang Malaysia yang kutuk-mengutuk filem tanah air kita. Siapa lagi yang nak sokong kalau bukan orang kita sendiri? Tetapi secara jujurnya, memang saya lebih menonton filem-filem luar berbanding filem malaysia. Pertama, kerana filem-filem luar lagi banyak dikeluarkan. Kedua, ada sebilangan filem-filem Malaysia yang bagi saya tidak mencapai tahap yang memuaskan. Contohnya : Toyol Nakal, nak tengok trailer pun malu.. Huhu -_-
(Mahasiswa Nadi Negara)
Hikayat Merong Mahawangsa antara salah satu percubaan yang baik.. Moga-moga akan ada lagi filem-filem yang sebegini. Ada yang berpendapat bahawa filem tempatan banyak yang banyak yang buruk, lakonan pun tak seberapa. Tetapi kalau nak diikutkan banyak juga filem-filem luar yang memaparkan lakonan yang kaku dan tidak berkesan. Filem-filem mereka juga banyak dibanjiri oleh ‘Bankrupt actor’. Namun ramai antara kita tidak nampak kerana dikaburi dengan kesan-kesan khas serta mungkin juga disebabkan oleh perbezaan budaya dan persekitaran.. Kerana kita tidak dibesarkan dalam persekitaran mereka. Secanggung mana pun lakonan mereka, sukar untuk kita kenal pasti. Berbeza dengan filem tempatan yang lebih dekat dengan kita.. Maka lebih mudah untuk kita menghadam dan mengenal pasti kekakuan pelakon dan ke'plastik'an mereka dalam lakonan. Amat sedih bila mendengar persepsi anak-anak tempatan apabila menonton filem tempatan.. "allaaaa.. filem Melayu.. apa ada.. nak pergi wayang tengok filem melayu.. x berbaloi langsung!!" Nah, kita terlalu mengagung-agungkan filem luar. Kadang-kadang iklan baru keluar kita sudah sibuk sibuk hendak pergi beli tiket. Adaptasi daripada novel menjadi sesebuah filem atau drama merupakan satu percubaan yang baik kerana novel itu sendiri, mempunyai isi, plot dan konfliknya yang sarat, tidak kosong. Mungkin ini strategi daripada pihak penerbit itu sendiri. Kerana sekarang filem dan drama yang berunsurkan cinta semakin mendapat tempat seiring dengan novel-novel cinta.. Nak bagi produk mereka cepat laku.. Tidak ada salahnya bagi saya kerana novel pun boleh dikategorikan sebagai hasil karya, begitu juga dengan skrip. Cuma mungkin rasa teruja untuk mengetahui apa yang bakal berlaku kurang sedikit kerana jalan ceritanya sudah kita ketahui. Bagaimana seseorang pengarah itu mengolah dan mengadaptasi novel tersebut menjadi sebuah filem atau pun drama bergantung kepada pengarah itu sendiri. Kejayaan karya bersiri J.K.Rowling yang kemudiannya digarap menjadi filem, Harry Potter boleh kita jadikan contoh yang baik. Disitu kita boleh lihat kebijaksanaan seseorang pengarah itu sendiri dalam menggarapkan sesebuah karya itu agar kelihatan tidak kosong dan bergoyang sana sini, dek kerana masa yang amat singkat. Kalau nak diikutkan drama kita lebih jauh berkualiti. Tetapi sayangnya karya kita amat kurang disiarkan berbanding filem-filem luar. Lebih malang lagi, slot-slot disini juga dipenuhi dengan drama-drama asing yang lebih sudu daripada kuah.. huhu.. :)
(Mahasiswa Nadi Negara)
:: Saya setuju dgn pndapat sdr Firdaus Zakaria. buah fikiran yg bernas... boleh buat batu cincin..
ReplyDeletekpd sdri amira ismail..... Saya tidak mahu tahu kenapa...
hahahaha
haha.. do follow us Firdaus Zakaria!! :)
ReplyDeletenanti kita buat pilem kangkung malaya eh =D
ReplyDeletekangkung malaya?? bereh3.. nnty cik kangkung laaaa yg jdik role character iyee.. penerbit = MNN.. hehe.. :p :)
ReplyDeletesy kurang setuju dengan cik kasim patalon (lalalal)
ReplyDelete