Attention To All Readers
If you have any comment or suggestion for this blog, do tell us.
And if you guys have anything to be share, do enlighten us by sending us email at
mahasiswa.nadi.negara@gmail.com

Friday 7 October 2011

Rangkaian Kata-kata hikmah khulafa


SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
  1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
  1. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
  2. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
  3. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna


Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :

· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatandirinya akan terjaga.


Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

· Hatinya selalu berniat suci · Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.


 Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :

· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri
  dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula  salahnya,siapa yang banyak
  salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia
  tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.


Saturday 10 September 2011

Perpaduan di Ambang Kemerdekaan~


Rendangkan Pepohon nan Satu = Zaharul Zain


Lara hati ini
Persis maya mendera
Mencengkam diri
Tika kelam menjelma
Kuntuman damai
Gugur menyembah bumi
Rebah pepohon rendang nan satu

Puas ku imbau
Rimbun dedaun silam
Kala berlabuh
Dagang mencari teduh
Sejuta nista dibawanya berjaja
Keakuan mula beraja

Mengapa kita hanya rela menanti??
Saat mentari Ogos
Menjelma menjengah diri??
Baru bersatu hati
Menjahit menganyam mimpi??

Tawa
Keringkanlah hiba
Salju
Sejukkanlah bara
Putik
Jadikanlah bunga
Satukan yang dua

Amarah kita semadikan
Tugu dan replika perpaduan
Bersama kita pahatkan

Berkurun sudah
Lena bertudung mimpi
Moga akar budi
Menjejak laman suci
Rimbunnya nanti
Menyejuk tiang kalbu
Rendangkanlah pepohon nan satu..

~Zaharul Zain~

Sunday 4 September 2011

SELAMAT DATANG MAHASISWA/I BARU


Melihat kudrat tua ibu ayah
Mengigil tatkala memikul beban
Bagasi yang penuh berisi
Dengan segala kelengkapan

Melihat kudrat tua ibu ayah
Dengan wajah yang penuh keikhlasan
Dengan hati yang penuh pengharapan
Dengan fikiran yang sentiasa melayang

Bagaimana suara hatinya?
Bagaimana fikirannya?

Adakah anak kecil yang kini dewasa yang melangkah ke alam baru
Akan benar pejuangannya?
Akan terjamin masa depannya?
Akan benar jalan hidupnya?

Begitulah takdir
Walau kudrat tua itu menghantar penuh pengharapan
Kadangkala pengharapan itu berkecai dek sikap anak yang salah pilihannya
Yang salah memilih temannya
Tak kurang juga yang berjaya
Namun hina jalan hidupnya
Melupakan kudrat tua yang suatu masa dahulu yang pernah mengigil
Dek memikul beban menggila
Menendang jauh-jauh
Kudrat tua yang suatu masa dahulu
Memeluk erat dirnya

Pesan buat anak muda
Jika hilang arah tujuanmu
Jika hilang arahmu
Ingatlah Dia dan
Ingatlah kudrat tua itu
Yang tak putus-putus
Mendoakan kejayaan
Mendoakan kesejahteraan
Yang tak lekang daripada mengingatimu wahai anak muda
Yang sentiasa memberi kasih sayang
Dengan doa yang sentiasa meniti di bibir mereka

Selamat datang mahasiswa
Salam dari bumi tuhan
Ditanah ilmu,Uni. Malaya

-Arif Haikal (5 September)-
4.36 am

Friday 26 August 2011

MERDEKA

m e r d e k a :: teguhnya saf perjuangan
m e r d e k a :: terlerainya ikatan penyeksaan
m e r d e k a :: amannya musafir di persinggahan
m e r d e k a :: lenanya si anak dibuaian
m e r d e k a :: tenangnya si ibu memikirkan
m e r d e k a :: gembiranya si ayah berkeringat

m e r d e k a :: tika bendera itu tidak lagi betah berkibar lantas memberi laluan tanda akur kepada yang hak.. tentera zalim mengundur tepaku lesu tidak bersuara secara lahiriah.. perjuangan yang hak makin menapak , terpampang di muka keadilahan... Allah memberi petunujuk.. jalan .. pemudah cara bagi mereka yang yakin , sabar dan terus berusaha... tiada lagi rasa gentar , semangat merah menyala... membara disegenap jiwa ..

percaturan diatur.. membela nasib generasi Y kehadapan.. tiada lagi x tiada lagi w mahupun v.

tika di tusuk tajamnya pisau, di seksa bagai jasad tidak bernyawa.. di tendang di herdik di ludah... harga diri tetap teguh mempertahankan.. tidak pernah goyah walau di layan seperti kucing jalanan.. monyet kampungan .. kambing tambatan.. lembu tunggangan... semuanya diluar kotak pemikiran .. tika buih sabun menjadi suapan hingga nafas terakhir hanya nikmat kalimat Allah yang menjadi sandaran...

tika itu tiada jasad bernyawa yang mampu menepis.. semuanya jadi konyol.. tamparan monolog jadi igauan.. hanya mampu bkata kata tiada bunyi pd zahirnya...

hanya mampu melihat dan melihat ... dalam kurungan tiada lagi ubi panas
hanya menunggu saat pergi...

saat diraihnya kini, kita jadi lupa

merdeka tidak lagi itu itu dan itu...
tapi merdeka ini , ini dan ini...

m e r d e k a : teguhnya kaki kaki anak muda melangkah melaungkan suara kemerdekaan
m e r d e k a : terlerainya ikatan sumbang mahram
m e r d e k a : musafir hanya mampu melihat
m e r d e k a : teriak si anak tidak kedengaran
m e r d e k a : emosi si ibu tak keruan
m e r d e k a : habuan lain si ayah jejak

tika berlakunya ini ini dan ini...
tidak kira siapa kau , aku , mereka, dia dan kamu
masing masing sibuk menunding jari mencari salah yang lain.. alpha.. sombong.. pekak ...
tidak pernah menyoal diri .. tidak pernah mengambil peluang untuk mengetuk hati bertanyakan khabar diri ... salah diri.. buruknya diri.. kelemahan nya diri.. malang sekali nak melihat cermin pun tidak sempat .. kerana sibuk memberi cermin kepada yang lain..

sibuk membersihkan kotoran diwajah yang lain sedangkan kotoran dikaki sendiri tidak pernah dibersihkan... itulah bila mana manusia berjalan tidak melihat bumi , tangan di dada mata keatas... selalu selalu dan selalu...

ayuh, masih belum terlewat untuk kita mengubah , tanya hati, tidak perlu menjadi pak turut cukup nawaitu pada hati , perbetulkan.. tidak perlu gusar dengan tindakan .. luruskan , jadikannya tujuan utama dalam menjadikan ia satu makna yang bermakna



-Nurul Bahiah-
Mahasiswa Nadi Negara



Thursday 25 August 2011

KAD RAYA DARIPADA AHLI MAHASISWA NADI NEGARA

 Bagi menghangatkan suasana Aidilfitri yang bakal tiba,Mahasiswa Nadi Negara dengan sukacitanya mengalu-alukan ahli-ahli yang berkreativiti untuk membuat kad raya versi sendiri untuk dikongsi ke dalam group MNN.MNN dengan berbesar hati akan memuatkan kad-kad raya ciptaan sendiri di dalam blog rasmi kami.Disamping itu,pesanan kami kepada semua ahli agar tidak terlalu ghairah dalam menyambut Aidilfitri sehingga lupa bahawa kita masih di bulan Ramadhan.Harapan kami agar kita semua mendapat manfaat berkat daripada Ramadhan dan dapat menyambut hari kemenangan bagi umat Islam dengan penuh rasa kesyukuran.Amin

P/S : Seronok melihat kreativiti mahasiswa/i dalam membuat kad raya versi sendiri










Wednesday 17 August 2011

Salam Nuzul Al-Quran







Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW dimana turunnya ayat Al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w dan seterusnya diturunkan secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M iaitu ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. Yang bermaksud :

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘Al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran turut dikenali sebagai Al-Nur, bererti cahaya yang menerangi, Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan Al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. ‘Al-Quran’ bermaksud bacaan atau himpunan. Di dalamnya, terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran. Tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)



Daripada sahabat Mahasiswa Nadi Negara….


Kita kecoh bila timbulnya isu larangan memasang ayat suci Al-Qur’an. Apa kata kita cuba renung kembali diri kita.. Bagaimanakah tindakan kita apabila mendengar ayat suci Allah ini. Adakah kita menghormatinya?? Muhasabah diri~

(Mahasiswa Nadi Negara)


Hari turunnya ayat pertama Al-Quran utk panduan umat. Membaca Al-Quran itu baik, tetapi membaca dan memahaminya adalah 1000 kali lebih baik.... Bersama-sama kita fahami Al-Quran....

(Mahasiswa Nadi Negara)


Utamakan surat pertama dari Allah s.w.t, lebihkan dia, selalu ulanginya, setiap nafas, setiap hari.. Selalu dan selalu.. Tanpanya.. Solat entah ke mana.. Dia dicipta untuk dibaca, diingat, dan menjadi pelindung pendinding diri dimana jua anda berada.. Ikhlaskan diri bersamanya, Abadikan.. sematkan di lubuk sanubari.. ~~ edisi untuk diriku yang sering lupa... ♥~~  SALAM NUZUL AL-QURAN PADA UMAT ISLAM..

(Mahasiswa Nadi Negara)


Hati manusia ni akan berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, maka untuk elakkan hati menjadi berkarat, baca Al Qur’an dan mengingati mati.. :)

(Mahasiswa Nadi Negara)



Selamat menyambut hari NUZUL QURAN

Nabil Hilman
(Mahasiswa Nadi Negara)


Salam Nuzul Al-Quran daripada kami, MAHASISWA NADI NEGARA!!



Disediakan oleh :  Cik Faiz Akmal (MAHASISWA NADI NEGARA)



Monday 15 August 2011

Perjuangan Melayu bukan Assobiyah

                Assobiyah, merupakan satu istilah yang sering disalah erti oleh sesetengah kelompok masyarakat.Pengertian Assobiyah yang sempit boleh menjurus kepada banyak impak yang negatif kepada masyarakat khususnya yang tidak mendalami makna Assobiyah yang sebenar. Maka peranan kita sebagai mahasiswa yang menjadi nadi kepada negara seharusnya berusaha menyatukan kelompok masyarakat yang sudah ketara pepecahannya khususnya orang Melayu.

                Perjuangan Melayu sering dianggap sebagai perjuangan Assobiyah oleh sesetengah kelompok masyarakat.Perjuangan menyatu padukan orang Melayu sebagai kelompok yang terbesar di Malaysia sering diputarbelit oleh sesetengah pihak dan seterusnya melabel perjuangan menyatupadukan orang Melayu sebagai satu perjuangan yang tidak patut diikut dan salah disisi Islam.Bagi menjelaskan isu ini, saya berusaha mencari pelbagai rujukan bagi memahami dengan baik apakah yang dimaksudkan dengan Assobiyah.

                Pertama sekali, saya ingin menekankan pentingnya perpaduan dalam kalangan umat Islam dan orang Melayu itu sendiriFirman Allah :

"Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah,dan janganlah kamu bercerai berai"
(Ali Imraan : 103)

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan : kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan bersabarlah kamu :sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar
(Al Anfal : 46)

Sabda Nabi SAW : "Orang mukmin dengan mukmin yang lain itu laksana sebuah binaan yang saling mengukuhkan satu bahagian akan bahagian yang lain"
(Riwayat Bukhari Muslim) 

                Kedua, saya ingin memetik kata-kata Allayarham Dato' Asri dalam memoir politiknya berjudul 'Meniti Arus'."Islam itu tidak boleh diletakkan di atas pokok,digantung di dahan kayu atau diletakkan di atas dinding. Ia mesti ada pendukungnya. Dan dalam konteks Malaysia, pendukungnya adalah orang Melayu. Ini bermakna Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan. Dari sudut yang sama,Islam akan menjadi kuat dan utuh serta terjamin masa depannya jika kedudukan dan masa depan orang Melayu itu sendiri terjamin". Disini saya ingin utarakan persoalan kepada pemimpin-pemimpin yang melontarkan tohmahan kepada usaha menyatupadukan orang Melayu, adakah Islam itu akan tertegak sekiranya orang Melayu di Malaysia ini dalam keadaan berpecah belah dan perpaduan kaum Melayu berada dalam kondisi paling lemah?


1.Fahaman Kebangsaan Melayu

                Apakah kefahaman kebangsaan Melayu yang dipejuangkan oleh UMNO adalah bertentangan dengan Islam dan adakah fahaman Assobiyah itu sama dengan fahaman Assobiyah yang dilarang dalam Islam? Kekeliruan dalam persoalan ini timbul sama ada disebabkan oleh maklumat tentangnya adalah bertaraf "cakap kedai kopi" atau disebabkan oleh sikap Assobiyah yang diamalkan oleh penentang UMNO untuk menegakkan kumpulan mereka dengan cara memburuk-burukkan dan menimbulkan kebencian terhadap pihak lain.

                Apakah Assobiyah yang dilarang? Bagi memahami makna Assobiyah dengan baik, kita perlu untuk kita ketahui bahawa terdapat Assobiyah yang dilarang. Nabi SAW telah menerangkan dengan jelas dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud al Asqa', beliau bertanya kepada Baginda, "Wahai RAsulullah SAW, Apakah yang dimaksudkan dengan Assobiyah? Rasulullah SAW menjawab : Assobiyah itu ialah kamu menolong saudara kamu dalam melakukan kezaliman" (Riwayat Abu Daud)


Sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud :

"Sesiapa yang menolong kaumnya dalam melakukan perkara yang batil,umpama seekor unta yang jatuh ke dalam telaga,yang cuba diselamatkan dengan menarik ekornya". Disini jelas menunjukkan bahawa orang yang menolong kaumnya melakukan perkara yang tidak benar, maka dia akan terjerumus kedalam perbuatan dosa yang tidak dapat diselamatkan. Maka dengan itu, adakah perjuangan menyatupadukan orang Melayu sebagai kelompok terbesar yang mengganut agama Islam sebagai perjuangan yang menjurus kepada Assobiyah? Adakah perjuangan menaikkan taraf ekonomi orang Melayu melalui DEB sebagai satu perjuangan yang mengenepikan terus kaum-kaum dalam bidang ekonomi digelar sebagai Assobiyah? Dan adakah melalui DEB, kaum-kaum lain jatuh miskin? Itu cuma sedikit persoalan yang saya lontarkan agar pembaca semua berfikir sejenak.

Menurut Zainal Abidin Abdul Wahid dalam definisinya mengenai fahaman kebangsaan melayu "fahaman kebangsaan Melayu ialah satu pemikiran yang mendorong sepenuhnya seseorang itu menumpukan kesetiaan yang sepenuhnya kepada sesebuah negara. Ia merupakan satu ikatan yang kuat kepada ibu pertiwi, kepada tradisi-tradisi tempatan dan bisanya kepada yang berhak berkuasa di negara itu. Pertalian bangsa,bahasa dan agama selalunya menjadi unsur kepada fahaman kebangsaan"

Jadi disini kita boleh melihat contoh yang boleh menolong dan memperkuatkan fahaman kebangsaan iaitu pengalaman-pengalaman sesebuah negara menentang penjajahan. Dan pemikiran ini boleh mencetuskan satu pemikiran yang mengaitkan, menggabungkan malah menyatupadukan satu kumpulan manusia. Dan inilah yang dikatakan pemikiran fahaman kebangsaan. Fahaman kebangsaan ini boleh mencetuskan rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air, rasa bangga terhadap negara dan mendorong kepada saha gigih demi mencapai kemajuan ibu pertiwi. Jadi persoalan yang saya ingin lontarkan kepada sesetengah golongan yang menuduh perjuangan Melayu yang bersifat kebangsaan adalah tidak wajar, maka disini saya ingin mentakrifkan Melayu dari sudut Perlembagaan Malaysia iaitu salah satunya dia mesti Beragama Islam. Jadi adakah membela nasib orang Melayu itu tidak disertakan dengan perjuangan membela Islam?Kelahiran dan perkembangan sesuatu fahaman kebangsaan itu berkait rapat dengan latar belakang atau sejarah dan suasana sekeliling tempat lahirnya fahaman kebangsaan itu. Dan fahaman kebangsaan di Malaysia ini lahir dari latar belakang Islam. Siapakan diantara kita yang boleh menafikan bahwa dalam konteks Malaysia,bangsa yang memperjuangkan dan mempertahakan Islam adalah dalam kalangan orang-orang Melayu?


Assobiyah Mengikut hadis

"Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW,"Apakah termasuk dalam pengertian asobiyah seorang yang kasih kepada kaumnya?Rasulullah SAW bersabda "tidak,tetapi termasuk dalam pengertian asobiyah ialah orang yang menolong kaumnya dalam melakukan kezaliman".

"Daripada Wathilah bin al Asqa' beliau mendengar bapanya berkata; "wahai Rasulullah SAW,Apakah Assobiyah?" Sabda baginda SAW, "Bahawa kamu menolong kaum kamu dalam melakukan kezaliman"

Disini makna Assobiyah mengikut hadis yang telah dinyatakan ialah : 

1) Membela puak atas dasar kezaliman walaupun mereka bersalah
2) Menekan puak lain demi kepentingan puak sendiri

Berdasarkan maksud diatas,saya ingin melontarkan persoalan,adakah perjuanga Melayu disifatkan sebagai menekan bangsa lain daripada mengecapi kemewahan dan kemakmuran,kekayaan dan keamanan yang ada di Malaysia? Jika ada, sila lampirkan bukti yang sahih.


Assobiyah mengikut bahasa

                Al-Asobiyyatu. Keterikatan seseorang individu yang sangat kuat dengan kumpulan dan kelompoknya, konsisten dalam menolong dan taksub kepada pegangan kumpulannya". Ini bermaksud At ta'assubu : Tidak menerima realiti kebenaran walaupun terbentang bukti, semata-mata kerana cenderung kepada satu-satu pihak.

(Al Munjid-cetakan ke 27 (1994) halaman 481

Disini saya ingin menekankan lagi perbuatan membela saudara, kaum, kawan atau puaknya atas dasar zalim adalah salah dan tersebutlah kisah bahwa pada satu ketika dahulu

1) Ada seorang pakcik membela kawannya yang ditangkap khalwat di Hotel Perdana Kota Bahru. Pakcik itu menuduh orang lain sebagai perancang aktiviti khalwat itu

2) Ada seorang pakcik membela rakannya bermati-matian berkenaan novel rakannya yang bertajuk "TAHI" yang dipenuhi dengan kata-kata makian dan kata-kata carutan.

3) Pakcik itu membela puak dan rakan-rakannya dari pertanyaan orang ramai yang inginkan penjelasan hukum berkawan dengan orang kafir Daun Angin Pasir dan pakcik ini mengatakan kepada seorang pakcik yang lain bahawa hukum bekerjasama dengan orang-orang kafir M*A dan M*C adalah zalim dan jadi kafir. Oleh kerana sudah terlanjur menjatuhkan hukum kafir kepada seorang pakcik ni, maka dia pun kata bahawa demi menegakkan Islam, bukan setakat dengan Daun Angin Pasir sahaja kita boleh bekerjasama, dengan syaitan pun boleh mintak tolong. Saya terkejut lah dengan kenyataakn pakcik tu. Disini saya ingin melontarkan satu soalan iaitu syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Peranan Syaitan adalah untuk meyesatkan manusia agar bersama-sama mereka di neraka kelak. Adakah syaitan akan menolong pakcik untuk menegakkan Islam sedangkan mereka sendiri adalah musuh kepada umat Islam dan seluruh manusia?

Berikut adalah sedikit contoh apakab bentuk-bentuk Assobiyah yang dilarang dalam agama dan contoh bahawa dalam masyarakat Malaysia pada ketika ini, terdapat golongan-golongan yang memutarbelitkan makna dan pengertian Assobiyah demi agenda politik mereka.


Petanda orang yang menolong membuat zalim

Antara petanda orang yang menolong membuat kezaliman adalah seperti berikut: 

1) Membantu atau menyokong mana-mana golongan yang mahu merosakkan dan meruntuhkan golongan lain sama ada dari segi perpaduan serta ikatan kasih mesra atau cuba untuk mengagalkan suatu perkara baik yang telah dilakukan oleh golonga-golongan yang baik

2) Membantu dan menolong individu atau kumpulan tertentu yang segaja mengatur serta mengemaskini sesaut langkah untuk merosakkan harta benda orang lain

3) Membantu menolong serta menyokong kumpulan manusia dalam menyusun dan mengatur strategi yang tidak baik untuk memecahbelahkan perpaduan Islam sedangkan perpaduan itu sesuatu yang dituntut dalam agama.


Kesimpulan

                Justeru, disini saya ingin menegaskan bahawa perjuangan Melayu adalah bukan perjuangan yang menjurus kepada perjuangan Assobiyah yang dilarang. Jika Melayu miskin, maka bantulah Melayu meperjuangkan nasib mereka. Jika melayu ditindas, maka perjuangkanlah ia agar tidak lagi ditindas. Janganlah terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang menuduh perjuangan melayu sebagai perjuangan yang tidak membawa manfaat. Dan apa yang lebih memalukan lagi, manfaat hasil  daripada perjuangan membela kaum Melayu turut dirasai oleh mereka-mereka yang selalu menuduh orang lain dan mendatangkan fitnah kepada mereka. Mungkin kedai kopi alaf ini perlu lebih telus dan berfakta dalam mengutarakan isu-isu yang berkaitan supaya tidak mempengaruhi orang lain dalam memahami apa jua isu.

Disini saya berminat untuk menyertakan sedutan video daripada Ustaz Kazim Elias yang bertajuk ASSOBIYAH YANG DILARANG DALAM ISLAM



Sekian terima kasih


(Mahasiswa Nadi Negara)


Filem luar negara VS Filem dalam negara = Apa pendapat rakan-rakan Mahasiswa Nadi Negara??





Tipulah kalau saya cakap filem luar negara tidak menjadi pilihan.. Transformers belum keluar dekat youtube mesti dah survey. Bagi saya tiada salahnya untuk mengadaptasikan sebuah novel menjadi filem. Filem luar negara pun macam tu jugak kan. Spiderman, Superman. Semua dari komik. Lebih kurang macam novel jugakkan? Hehe. Lagi pun, ini memudahkan bagi orang yang kurang berminat atau pun tidak mempunyai masa untuk membaca tapi lebih selesa menonton sahaja. Tapi sedih juga kerana bilangan filem yang berunsur patriotik sekarang sudah semakin berkurangan. Apapun saya sokong industri MALAYSIA juga!!!

(Mahasiswa Nadi Negara)


Realiti dan fiksyen. hanya dua itu sumber yang mmberi ilham kepada penghasilan skrip, novel dan medium seni yang lain. Kelebihan filem diadaptasi dari novel adalah penerbit sudah pun mempunyai sasaran penonton (pembaca novel tersebut), cuma tinggal lagi memerlukan olahan kreatif sutradara untuk 'mencipta' ilusi yang sehabis hampir dengan imaginasi pembaca sewaktu mereka menyelusuri novel tersebut. Kekurangannya pula, lebih kepada kekangan masa. Bagaimana sebuah novel setebal 900muka buku, eh muka surat, hendak dimuatkan dalam filem berdurasi 90minit. Banyak babak yang pasti diubah dan dipotong, sama ada ianya baik atau tidak, terserah kepada citarasa penonton itu sendiri...

(Mahasiswa Nadi Negara)


Tidak salah mengadaptasi novel menjadi sebuah filem ataupun drama, malah kita dapat menikmatinya secara nyata tidak hanya secara lisan. Masih ramai termasuklah saya, menggemari kedua-dua versi. Sama ada menikmatinya secara lisan mahupun secara zahir. Hal ini juga membantu penulis novel meningkatkan hasil penjualan novel mereka hasil dari permintaan mereka yang masih belum membaca novel itu, contohnya Nora Elena yang didaptasi dari Novel Kasih Yang Suci. Saya suka filem-filem berunsurkan perpaduan seperti Estet, hasil karya Mamat Khalid. Amat bagus! Berupaya memupuk semangat kekitaan. Tapi sayangnya, kurang mendapat tempat dihati rakyat malaysia. Macam filem Pensel. Plot menarik tapi sayang, penonton di Malaysia kurang meneliti soal mesej dalaman.. Kalau dahulu, saya akan katakan filem dari luar negara, tapi sekarang. Saya akan katakan dalam negara. mahu tahu kenapa?? Filem kita sekarang juga setanding dengan filem-filem dari luar. Cuma ya, boleh diperbaiki dari segi visual = CGI dan sebagainya.. Memang percubaan yang baik! Saya berbangga menjadi anak Malaysia! Sangat berharap bakal-bakal pewaris seni teater dan perfileman akan menghasilkan karya2 yang bermutu serta boleh membangkitkan semangat negara!

(Mahasiswa Nadi Negara..)


Bagi saya, industri filem kita semakin berkualiti. Penggiat-penggiat seni kita semakin matang dalam penghasilan karya-karya  berwajah Malaysia. Tetapi sekarang ini sudah jadi trend drama dan filem melayu banyak yang diadaptasikan daripada novel. Bagi saya, hilang surprisenya terutamanya bagi peminat dan pembaca yang sudah mengikuti cerita itu dalam bentuk novel. Tak payah tengok pun mereka sudah tau jalan cerita. Lagi novel yang akan difilemkan = Ombak Rindu. Baru-baru ni drama Trilogi Cinta juga diadaptasi daripada sebuah novel. Bagi saya yang peminat novel ni  memang dah tak best menonton sebab dah tau jalan cerita. Namun begitu, usaha untuk mengadaptasikan novel menjadi sebuah karya dalam bentuk visual ini amat bagus. Hal ini kerana semua usaha ini memerlukan kreativiti pengarah atau penerbit itu sendiri supaya mengolah filem tersebut tanpa mengubah jalan cerita yang asal. Tetapi bagaimana industri kita nak maju kalau kita dilambakkan dengan cerita dan drama setiap hari sedangkan drama melayu kita seminggu sekali je. Mana keadilannya.. hmmmmm..

(Mahasiswa Nadi Negara)


Bagi saya kedua-duanya ok, saya minat. Harry Potter, Pirates of The Caribbean, Fast Furious, Hantu Kak Limah, Khurafat, Hikayat Merong Mahawangsa dan Puteri Gunung Ledang. Semua suka lah. Mana yang menarik dan berkualiti, kita sokong. Bagi saya ada bagusnya adaptasikan novel kepada filem sebab kita dapat gambaran yang lebih jelas apabila dilakonkan semula berbanding dengan apa yang kita sering bayangkan ketika membaca novel tersebut. Untuk menghasilkan filem yang berkualiti, pelakon yang melakonkan watak juga kena mainkan peranan mereka. Hayati watak dengan sebaik mungkin. Kalau sedih, kena betul-betul sedih. Kalau gembira, kena betul-betul gembira. Baru karya tersebut realistik. tetapi kalau nak dibandingkan drama seberang dengan drama melayu kita, pada saya drama kita lebih berkualiti. Kerana drama asing ini kelihatan murah dan jalan cerita yang sama walaupun drama dan pelakonnya berlainan. kalau tak masuk jail, mesti masuk hospital. Kalau masa kecil terpisah dah besar jumpa, sorang kaya sorang miskin. Yang miskin harus kena tindas, yang kaya wajib ada watak antagonis. Anyway, watch movie make me smile. Smile make me youngest. And smile make us happy…  :)

(Mahasiswa Nadi Negara)


Pada saya kedua-duanya pun boleh, janji berkualiti. Tak suka orang Malaysia yang kutuk-mengutuk filem tanah air kita. Siapa lagi yang nak sokong kalau bukan orang kita sendiri? Tetapi secara jujurnya, memang saya lebih menonton filem-filem luar berbanding  filem malaysia. Pertama, kerana filem-filem luar lagi banyak dikeluarkan. Kedua, ada sebilangan filem-filem Malaysia yang bagi saya tidak mencapai tahap yang memuaskan. Contohnya : Toyol Nakal, nak tengok trailer pun malu.. Huhu  -_-

(Mahasiswa Nadi Negara)


Hikayat Merong Mahawangsa antara salah satu percubaan yang baik.. Moga-moga akan ada lagi filem-filem yang sebegini. Ada yang berpendapat bahawa filem tempatan banyak yang banyak yang buruk, lakonan pun tak seberapa. Tetapi kalau nak diikutkan banyak juga filem-filem luar yang memaparkan lakonan yang kaku dan tidak berkesan. Filem-filem mereka juga banyak dibanjiri oleh ‘Bankrupt actor’. Namun ramai antara kita tidak nampak kerana dikaburi dengan kesan-kesan khas serta mungkin juga disebabkan oleh perbezaan budaya dan persekitaran.. Kerana kita tidak dibesarkan dalam persekitaran mereka. Secanggung mana pun lakonan mereka, sukar untuk kita kenal pasti. Berbeza dengan filem tempatan yang lebih dekat dengan kita.. Maka lebih mudah untuk kita menghadam dan mengenal pasti kekakuan pelakon dan ke'plastik'an mereka dalam lakonan. Amat sedih bila mendengar persepsi anak-anak tempatan apabila menonton filem tempatan.. "allaaaa.. filem Melayu.. apa ada.. nak pergi wayang tengok filem melayu.. x berbaloi langsung!!" Nah, kita terlalu mengagung-agungkan filem luar. Kadang-kadang iklan baru keluar kita sudah sibuk sibuk hendak pergi beli tiket. Adaptasi daripada novel menjadi sesebuah filem atau drama merupakan satu percubaan yang baik kerana novel itu sendiri, mempunyai isi, plot dan konfliknya yang sarat, tidak kosong. Mungkin ini strategi daripada pihak penerbit itu sendiri. Kerana sekarang filem dan drama yang berunsurkan cinta semakin mendapat tempat seiring dengan novel-novel cinta.. Nak bagi produk mereka cepat laku.. Tidak ada salahnya bagi saya kerana novel pun boleh dikategorikan sebagai hasil karya, begitu juga dengan skrip. Cuma mungkin rasa teruja untuk mengetahui apa yang bakal berlaku kurang sedikit kerana jalan ceritanya sudah kita ketahui. Bagaimana seseorang pengarah itu mengolah dan mengadaptasi novel tersebut menjadi sebuah filem atau pun drama bergantung kepada pengarah itu sendiri. Kejayaan karya bersiri J.K.Rowling yang kemudiannya digarap menjadi filem, Harry Potter boleh kita jadikan contoh yang baik. Disitu kita boleh lihat kebijaksanaan seseorang pengarah itu sendiri dalam menggarapkan sesebuah karya itu agar kelihatan tidak kosong dan bergoyang sana sini, dek kerana masa yang amat singkat. Kalau nak diikutkan drama kita lebih jauh berkualiti. Tetapi sayangnya karya kita amat kurang disiarkan berbanding filem-filem luar. Lebih malang lagi, slot-slot disini juga dipenuhi dengan drama-drama asing yang lebih sudu daripada kuah.. huhu.. :)

(Mahasiswa Nadi Negara) 



Disediakan oleh :  Cik Faiz Akmal (MAHASISWA NADI NEGARA)