Attention To All Readers
If you have any comment or suggestion for this blog, do tell us.
And if you guys have anything to be share, do enlighten us by sending us email at
mahasiswa.nadi.negara@gmail.com

Monday, 15 August 2011

Perjuangan Melayu bukan Assobiyah

                Assobiyah, merupakan satu istilah yang sering disalah erti oleh sesetengah kelompok masyarakat.Pengertian Assobiyah yang sempit boleh menjurus kepada banyak impak yang negatif kepada masyarakat khususnya yang tidak mendalami makna Assobiyah yang sebenar. Maka peranan kita sebagai mahasiswa yang menjadi nadi kepada negara seharusnya berusaha menyatukan kelompok masyarakat yang sudah ketara pepecahannya khususnya orang Melayu.

                Perjuangan Melayu sering dianggap sebagai perjuangan Assobiyah oleh sesetengah kelompok masyarakat.Perjuangan menyatu padukan orang Melayu sebagai kelompok yang terbesar di Malaysia sering diputarbelit oleh sesetengah pihak dan seterusnya melabel perjuangan menyatupadukan orang Melayu sebagai satu perjuangan yang tidak patut diikut dan salah disisi Islam.Bagi menjelaskan isu ini, saya berusaha mencari pelbagai rujukan bagi memahami dengan baik apakah yang dimaksudkan dengan Assobiyah.

                Pertama sekali, saya ingin menekankan pentingnya perpaduan dalam kalangan umat Islam dan orang Melayu itu sendiriFirman Allah :

"Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah,dan janganlah kamu bercerai berai"
(Ali Imraan : 103)

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan : kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan bersabarlah kamu :sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar
(Al Anfal : 46)

Sabda Nabi SAW : "Orang mukmin dengan mukmin yang lain itu laksana sebuah binaan yang saling mengukuhkan satu bahagian akan bahagian yang lain"
(Riwayat Bukhari Muslim) 

                Kedua, saya ingin memetik kata-kata Allayarham Dato' Asri dalam memoir politiknya berjudul 'Meniti Arus'."Islam itu tidak boleh diletakkan di atas pokok,digantung di dahan kayu atau diletakkan di atas dinding. Ia mesti ada pendukungnya. Dan dalam konteks Malaysia, pendukungnya adalah orang Melayu. Ini bermakna Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan. Dari sudut yang sama,Islam akan menjadi kuat dan utuh serta terjamin masa depannya jika kedudukan dan masa depan orang Melayu itu sendiri terjamin". Disini saya ingin utarakan persoalan kepada pemimpin-pemimpin yang melontarkan tohmahan kepada usaha menyatupadukan orang Melayu, adakah Islam itu akan tertegak sekiranya orang Melayu di Malaysia ini dalam keadaan berpecah belah dan perpaduan kaum Melayu berada dalam kondisi paling lemah?


1.Fahaman Kebangsaan Melayu

                Apakah kefahaman kebangsaan Melayu yang dipejuangkan oleh UMNO adalah bertentangan dengan Islam dan adakah fahaman Assobiyah itu sama dengan fahaman Assobiyah yang dilarang dalam Islam? Kekeliruan dalam persoalan ini timbul sama ada disebabkan oleh maklumat tentangnya adalah bertaraf "cakap kedai kopi" atau disebabkan oleh sikap Assobiyah yang diamalkan oleh penentang UMNO untuk menegakkan kumpulan mereka dengan cara memburuk-burukkan dan menimbulkan kebencian terhadap pihak lain.

                Apakah Assobiyah yang dilarang? Bagi memahami makna Assobiyah dengan baik, kita perlu untuk kita ketahui bahawa terdapat Assobiyah yang dilarang. Nabi SAW telah menerangkan dengan jelas dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud al Asqa', beliau bertanya kepada Baginda, "Wahai RAsulullah SAW, Apakah yang dimaksudkan dengan Assobiyah? Rasulullah SAW menjawab : Assobiyah itu ialah kamu menolong saudara kamu dalam melakukan kezaliman" (Riwayat Abu Daud)


Sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud :

"Sesiapa yang menolong kaumnya dalam melakukan perkara yang batil,umpama seekor unta yang jatuh ke dalam telaga,yang cuba diselamatkan dengan menarik ekornya". Disini jelas menunjukkan bahawa orang yang menolong kaumnya melakukan perkara yang tidak benar, maka dia akan terjerumus kedalam perbuatan dosa yang tidak dapat diselamatkan. Maka dengan itu, adakah perjuangan menyatupadukan orang Melayu sebagai kelompok terbesar yang mengganut agama Islam sebagai perjuangan yang menjurus kepada Assobiyah? Adakah perjuangan menaikkan taraf ekonomi orang Melayu melalui DEB sebagai satu perjuangan yang mengenepikan terus kaum-kaum dalam bidang ekonomi digelar sebagai Assobiyah? Dan adakah melalui DEB, kaum-kaum lain jatuh miskin? Itu cuma sedikit persoalan yang saya lontarkan agar pembaca semua berfikir sejenak.

Menurut Zainal Abidin Abdul Wahid dalam definisinya mengenai fahaman kebangsaan melayu "fahaman kebangsaan Melayu ialah satu pemikiran yang mendorong sepenuhnya seseorang itu menumpukan kesetiaan yang sepenuhnya kepada sesebuah negara. Ia merupakan satu ikatan yang kuat kepada ibu pertiwi, kepada tradisi-tradisi tempatan dan bisanya kepada yang berhak berkuasa di negara itu. Pertalian bangsa,bahasa dan agama selalunya menjadi unsur kepada fahaman kebangsaan"

Jadi disini kita boleh melihat contoh yang boleh menolong dan memperkuatkan fahaman kebangsaan iaitu pengalaman-pengalaman sesebuah negara menentang penjajahan. Dan pemikiran ini boleh mencetuskan satu pemikiran yang mengaitkan, menggabungkan malah menyatupadukan satu kumpulan manusia. Dan inilah yang dikatakan pemikiran fahaman kebangsaan. Fahaman kebangsaan ini boleh mencetuskan rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air, rasa bangga terhadap negara dan mendorong kepada saha gigih demi mencapai kemajuan ibu pertiwi. Jadi persoalan yang saya ingin lontarkan kepada sesetengah golongan yang menuduh perjuangan Melayu yang bersifat kebangsaan adalah tidak wajar, maka disini saya ingin mentakrifkan Melayu dari sudut Perlembagaan Malaysia iaitu salah satunya dia mesti Beragama Islam. Jadi adakah membela nasib orang Melayu itu tidak disertakan dengan perjuangan membela Islam?Kelahiran dan perkembangan sesuatu fahaman kebangsaan itu berkait rapat dengan latar belakang atau sejarah dan suasana sekeliling tempat lahirnya fahaman kebangsaan itu. Dan fahaman kebangsaan di Malaysia ini lahir dari latar belakang Islam. Siapakan diantara kita yang boleh menafikan bahwa dalam konteks Malaysia,bangsa yang memperjuangkan dan mempertahakan Islam adalah dalam kalangan orang-orang Melayu?


Assobiyah Mengikut hadis

"Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW,"Apakah termasuk dalam pengertian asobiyah seorang yang kasih kepada kaumnya?Rasulullah SAW bersabda "tidak,tetapi termasuk dalam pengertian asobiyah ialah orang yang menolong kaumnya dalam melakukan kezaliman".

"Daripada Wathilah bin al Asqa' beliau mendengar bapanya berkata; "wahai Rasulullah SAW,Apakah Assobiyah?" Sabda baginda SAW, "Bahawa kamu menolong kaum kamu dalam melakukan kezaliman"

Disini makna Assobiyah mengikut hadis yang telah dinyatakan ialah : 

1) Membela puak atas dasar kezaliman walaupun mereka bersalah
2) Menekan puak lain demi kepentingan puak sendiri

Berdasarkan maksud diatas,saya ingin melontarkan persoalan,adakah perjuanga Melayu disifatkan sebagai menekan bangsa lain daripada mengecapi kemewahan dan kemakmuran,kekayaan dan keamanan yang ada di Malaysia? Jika ada, sila lampirkan bukti yang sahih.


Assobiyah mengikut bahasa

                Al-Asobiyyatu. Keterikatan seseorang individu yang sangat kuat dengan kumpulan dan kelompoknya, konsisten dalam menolong dan taksub kepada pegangan kumpulannya". Ini bermaksud At ta'assubu : Tidak menerima realiti kebenaran walaupun terbentang bukti, semata-mata kerana cenderung kepada satu-satu pihak.

(Al Munjid-cetakan ke 27 (1994) halaman 481

Disini saya ingin menekankan lagi perbuatan membela saudara, kaum, kawan atau puaknya atas dasar zalim adalah salah dan tersebutlah kisah bahwa pada satu ketika dahulu

1) Ada seorang pakcik membela kawannya yang ditangkap khalwat di Hotel Perdana Kota Bahru. Pakcik itu menuduh orang lain sebagai perancang aktiviti khalwat itu

2) Ada seorang pakcik membela rakannya bermati-matian berkenaan novel rakannya yang bertajuk "TAHI" yang dipenuhi dengan kata-kata makian dan kata-kata carutan.

3) Pakcik itu membela puak dan rakan-rakannya dari pertanyaan orang ramai yang inginkan penjelasan hukum berkawan dengan orang kafir Daun Angin Pasir dan pakcik ini mengatakan kepada seorang pakcik yang lain bahawa hukum bekerjasama dengan orang-orang kafir M*A dan M*C adalah zalim dan jadi kafir. Oleh kerana sudah terlanjur menjatuhkan hukum kafir kepada seorang pakcik ni, maka dia pun kata bahawa demi menegakkan Islam, bukan setakat dengan Daun Angin Pasir sahaja kita boleh bekerjasama, dengan syaitan pun boleh mintak tolong. Saya terkejut lah dengan kenyataakn pakcik tu. Disini saya ingin melontarkan satu soalan iaitu syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Peranan Syaitan adalah untuk meyesatkan manusia agar bersama-sama mereka di neraka kelak. Adakah syaitan akan menolong pakcik untuk menegakkan Islam sedangkan mereka sendiri adalah musuh kepada umat Islam dan seluruh manusia?

Berikut adalah sedikit contoh apakab bentuk-bentuk Assobiyah yang dilarang dalam agama dan contoh bahawa dalam masyarakat Malaysia pada ketika ini, terdapat golongan-golongan yang memutarbelitkan makna dan pengertian Assobiyah demi agenda politik mereka.


Petanda orang yang menolong membuat zalim

Antara petanda orang yang menolong membuat kezaliman adalah seperti berikut: 

1) Membantu atau menyokong mana-mana golongan yang mahu merosakkan dan meruntuhkan golongan lain sama ada dari segi perpaduan serta ikatan kasih mesra atau cuba untuk mengagalkan suatu perkara baik yang telah dilakukan oleh golonga-golongan yang baik

2) Membantu dan menolong individu atau kumpulan tertentu yang segaja mengatur serta mengemaskini sesaut langkah untuk merosakkan harta benda orang lain

3) Membantu menolong serta menyokong kumpulan manusia dalam menyusun dan mengatur strategi yang tidak baik untuk memecahbelahkan perpaduan Islam sedangkan perpaduan itu sesuatu yang dituntut dalam agama.


Kesimpulan

                Justeru, disini saya ingin menegaskan bahawa perjuangan Melayu adalah bukan perjuangan yang menjurus kepada perjuangan Assobiyah yang dilarang. Jika Melayu miskin, maka bantulah Melayu meperjuangkan nasib mereka. Jika melayu ditindas, maka perjuangkanlah ia agar tidak lagi ditindas. Janganlah terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang menuduh perjuangan melayu sebagai perjuangan yang tidak membawa manfaat. Dan apa yang lebih memalukan lagi, manfaat hasil  daripada perjuangan membela kaum Melayu turut dirasai oleh mereka-mereka yang selalu menuduh orang lain dan mendatangkan fitnah kepada mereka. Mungkin kedai kopi alaf ini perlu lebih telus dan berfakta dalam mengutarakan isu-isu yang berkaitan supaya tidak mempengaruhi orang lain dalam memahami apa jua isu.

Disini saya berminat untuk menyertakan sedutan video daripada Ustaz Kazim Elias yang bertajuk ASSOBIYAH YANG DILARANG DALAM ISLAM



Sekian terima kasih


(Mahasiswa Nadi Negara)


3 comments: