Palestin menurut perspektif Islam!!
a) Keistimewaan utama bumi Palestin ini kepada umat Islam ialah kerana di dalamnya terletak Baitul-Maqdis, tempat yang paling mulia menurut Islam di luar tanah Hijaz. Kedua-dua, Masjidil Aqsa dan Kubah Batu telah dibina di dalam kawasan Baitul-Maqdis.
b) Masjid al-Aqsa : sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam, selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Masjidil Aqsa merupakan masjid kedua yang dibina, 40 tahun setelah pembinaan masjidil haram di Mekah. Di dalam sebuah
c) Hadith, Abu Dhar telah menyatakan:
"Pada satu ketika aku bertanyakan Rasulullah SAW apakah masjid yang pertama di bumi; Baginda SAW telah berkata Masjidil-haram. Kemudian aku bertanyakan baginda SAW: Kemudian, masjid mana? Baginda SAW menjawab: Masjidil-Aqsa. Aku kemudiannya bertanya kepada baginda apakah jangka-masa diantara tertubuhnya kedua-dua masjid tersebut; dan Baginda SAW menjawab: empat puluh tahun " Al-Bukhari
d) Baitul-Maqdis di Palestin inilah merupakan tempat fokus kejadian Isra’ dan Mikraj (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit. Firman Allah SAW di dalam Al-Qur'an, mafhumnya :
"Glory be to the One who took his servant on a journey by night from Al-Masjid Al-Haram in Mecca to Al-Masjid Al-Aqsa whose precincts we have blessed....." Holy Qur'an, Surah Al-Isra' ( :1)
e) Baitul-Maqdis di Palestin merupakan Qiblat pertama umat Islam. Umat Islam bersolat berqiblatkan Baitul-Maqdis sepanjang kehidupan Rasulullah SAW di Makkah sebelum berlakunya peristiwa hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah SAW di Madinah. Selepas itu Allah SWT telah memerintahkan agar Qiblat dialihkan ke Kaabah di Makkah.
f) Solat di Masjidil-Aqsa ini adalah serupa dengann 500 kali solat di mana-mana masjid lain kecuali Masjidil-Haram di Makkah dan Masjidin-Nabawi di Madinah. Di dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya:
"Solat-solat di Masjidil-Haram adalah serupa dengan 100,000 solat, dan solat-solat di masjidku (di Madinah) adalah serupa dengan 1000 solat dan solat-solat di Baitul-Maqdis adalah serupa dengan 500 solat." Tabarani
g) Bahkan ramai para anbiya’ yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Semoga Allah memberkati mereka semua.
h) Menurut Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
i) Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.
j) Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.
k) Terdapat juga beberapa ayat di dalam Al-Qur'an dan beberapa Hadith Rasulullah SAW yang mengambarkan keistimewaan Baitul-Maqdis di dalam Islam dan menyatakan bahawa Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya. Ayat-ayat Qur'an dan Hadith-hadith Rasulullah SAW mengenai bumi Palestin yang mulia ini menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sangat menyayanginya. Malah ketika Umar ibn Al-Khattab RA mejejakkan kakinya di kawasan ini untuk perrtama kalinya, beliau RA telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah sebahagian daripada waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.
Palestin menurut perspektif Yahudi & Nasrani!!
Yahudi menganggap Palestin sebagai bumi yang dijanjikan oleh tuhan (Yehovah) kepada bangsa Yahudi. Bagi mereka, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka. Menurut iktikad mereka, di situlah tempat berlakunya peristiwa-peristiwa bersejarah mereka dan tempat pengebumian nabi-nabi mereka. Kota suci mereka berpusat di bandar al-Quds yang dipercayai nabi Sulaiman pernah membina Haikalnya dan al-Khalil (Hebron) di mana terdapat makam nabi Ibrahim.
Bagaimana pula dengan Kristian? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci iaitu tempat bermulanya agama mereka. Gereja Kiamah (Church of Nativity) yang dipercayai sebagai tempat kelahiran nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (*mengikut kepercayaan kristian). Selain itu, terdapat beberapa markas keagamaan mereka yang berada di Palestin iaitu seperti al-Quds (Jerusalem), Baitul-Laham dan Nazareth.
Atas ketiga-tiga sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu dan mengalami campur tangan kuasa-kuasa besar yang telah mengalami kristianiti. Hal ini berlaku sehinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang. Pertumpahan darah yang sangat tragis..
No comments:
Post a Comment