Attention To All Readers
If you have any comment or suggestion for this blog, do tell us.
And if you guys have anything to be share, do enlighten us by sending us email at
mahasiswa.nadi.negara@gmail.com

Wednesday, 17 August 2011

Salam Nuzul Al-Quran







Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW dimana turunnya ayat Al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w dan seterusnya diturunkan secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M iaitu ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. Yang bermaksud :

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘Al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran turut dikenali sebagai Al-Nur, bererti cahaya yang menerangi, Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan Al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. ‘Al-Quran’ bermaksud bacaan atau himpunan. Di dalamnya, terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran. Tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)



Daripada sahabat Mahasiswa Nadi Negara….


Kita kecoh bila timbulnya isu larangan memasang ayat suci Al-Qur’an. Apa kata kita cuba renung kembali diri kita.. Bagaimanakah tindakan kita apabila mendengar ayat suci Allah ini. Adakah kita menghormatinya?? Muhasabah diri~

(Mahasiswa Nadi Negara)


Hari turunnya ayat pertama Al-Quran utk panduan umat. Membaca Al-Quran itu baik, tetapi membaca dan memahaminya adalah 1000 kali lebih baik.... Bersama-sama kita fahami Al-Quran....

(Mahasiswa Nadi Negara)


Utamakan surat pertama dari Allah s.w.t, lebihkan dia, selalu ulanginya, setiap nafas, setiap hari.. Selalu dan selalu.. Tanpanya.. Solat entah ke mana.. Dia dicipta untuk dibaca, diingat, dan menjadi pelindung pendinding diri dimana jua anda berada.. Ikhlaskan diri bersamanya, Abadikan.. sematkan di lubuk sanubari.. ~~ edisi untuk diriku yang sering lupa... ♥~~  SALAM NUZUL AL-QURAN PADA UMAT ISLAM..

(Mahasiswa Nadi Negara)


Hati manusia ni akan berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, maka untuk elakkan hati menjadi berkarat, baca Al Qur’an dan mengingati mati.. :)

(Mahasiswa Nadi Negara)



Selamat menyambut hari NUZUL QURAN

Nabil Hilman
(Mahasiswa Nadi Negara)


Salam Nuzul Al-Quran daripada kami, MAHASISWA NADI NEGARA!!



Disediakan oleh :  Cik Faiz Akmal (MAHASISWA NADI NEGARA)



2 comments: