Took this from our official group
Bismillahirrahmanirrahim.Assalamu `alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat bersama-sama membuka group Mahasiswa Nadi Negara pada hari ini 17 Julai 2011. Mahasiswa Nadi Negara mengalu-alukan penyertaan mahasiswa-mahasiswi kedalam group ini khas khas untuk bertukar-tukar pandangan dan idea mengenai hala tuju mahasiswa yang dikenali sebagai suara keramat anak muda.Mahasiswa adalah pencorak kepada generasi kepimpinan pada masa akan datang.Maka dengan itu,seharusnya mahasiswa berada dalam medan yang betul dan terbaik bagi mencapai hasrat ini.Sehubungan itu juga,ahli-ahli MNN digalakkan berkongsi maklumat yang berfaedah supaya dapat menggalakkan perkembangan minda yang positif dan menjadikan MNN sebagai wadah bagi melahirkan generasi mahasiswa yang sihat dari pelbagai aspek.
Justeru amatlah wajar bagi mahasiswa-mahasiswa menerapkan 8 nilai dalam gagasan 1 Malaysia iaitu :
1) Budaya kecemerlangan2) Ketabahan3) Rendah hati4) Penerimaan5) Kesetiaan6) Meritokrasi7) Pendidikan8) Intergriti
Jika diamati dan difahami dengan baik,8 nilai dalam gagasan 1 Malaysia ini patut diterima pakai dan disematkan dalam jiwa mahasiswa tanpa mengambil kira fahaman politik masing-masing kerana nilai yang diterapkan adalah nilai murni yang mampu menjadikan mahasiswa/i sebagai pewaris kepimpinan yang lebih baik pada masa akan datang.Justeru,komitmen dan tanggungjawab mahasiswa/i adalah dituntut bagi menyumbang bakti kepada negara.Jauhkanlah diri daripada terjebak kedalam gejala-gejala negatif yang akan merosakkan perpaduan yang telah dibina sekian lama.
Malaysia adalah bumi bertuah.Maka usahakanlah bumi yang bertuah ini sebaik-baiknya untuk generasi yang akan datang.Kita tidak mahu generasi akan datang menanggung kesan yang buruk akibat daripada perpecahan yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.Jadikanlah kumpulan mahasiswa yang ada pada hari ini sebagai seberkas lidi-lidi yang saling menguatkan antara satu sama lain.Kelemahan dan kekurangan sama kita perbaiki.Kebaikan dan kekuatan sama kita kongsi.Laungkan semangat perpaduan mahasiswa agar suara kita menjadi suara yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat.Perpaduan teras keamanan.Berpeganglah pada prinsip rukun negara agar mahasiwa menjadi agen perpaduan dan pembangunan kepada semua.
Akhir kata,sambutlah salam dari kami Mahasiswa Nadi Negara dan semoga negara kita aman makmur dan terus membangun dari aspek pelbagai sudut dan menjadi sebuah negara yang disegani di peringkat global.Mahasiswa sayang Malaysia.Sekian
No comments:
Post a Comment