Attention To All Readers
If you have any comment or suggestion for this blog, do tell us.
And if you guys have anything to be share, do enlighten us by sending us email at
mahasiswa.nadi.negara@gmail.com

Wednesday 27 July 2011

Cabaran Negara Membangun pelbagai etnik

Negara-negara membangun atau lebih popular dengan terminologi dunia ketiga (Third World) telah dipopularkan oleh sejarawan Perancis iaitu Alfred Sauvy pada tahun 1950 bagi menggambarkan keadaan dunia pada waktu itu yang terbahagi kepada blok Kapitalism (First World) dan blok Sosialis (Second World). Dalam sistem ekonomi dunia pula, negara tersebut dikenali dengan negara-negara Selatan atau G77 dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Kebiasaanya, negara-negara tersebut terletak di benua Asia, Afrika, Amerika Latin dan Kepulauan Pasifik. Terdapat juga negara-negara dunia ketiga yang mendapat status New Industry Country or Economic (NIC)disebabkan kemajuan dalam perindustrian dan pertumbuhan ekonomi yang lebih stabil. Antara negara-negara tersebut ialah Malaysia, Singapura, China, India, Korea Selatan, Mexico, Brazil, Iran, Arab Saudi, Thailand dan sebagainya. Hampir kesemua negara membangun menjadi anggota pertubuhan antarabangsa seperti PBB, NAM, Komanwel, OIC dan sebagainya serta bergiat aktif dalam proses regionalisme dan juga dilihat mempunyai peranan yang besar dalam pertubuhan antarabangsa. Kebanyakkan negara-negara membangun ini kesemuanya pernah dijajah oleh negara-negara kolonial Barat dan terdapat juga yang tidak pernah dijajah seperti Thailand, Liberia dan Ethiopia

Dampak penjajahan kuasa kolonial terhadap negara berbilang etnik
Antara faktor yang menyumbangkan ketidakstabilan politik di negara-negara membangun ialah disebabkan legasi atau warisan sejarah serta dampak kolonialisme yang ditinggalkan oleh kuasa-kuasa kolonial seperti Portugis, Sepanyol, Belanda, Perancis, Britain, Itali, Belgium, Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat ke atas tanah jajahan mereka. Dalam hal ini era penjajahan biasanya mengambil masa yang lama sehingga beratus-ratus tahun dan ada pula negara-negara membangun dijajah secara berperingkat oleh beberapa kuasa-kuasa Barat yang berlainan. Faktor kolonialisme memainkan peranan yang penting terhadap pembangunan sama ada positif atau negatif di negara tanah jajahan mereka. Kebanyakkan kuasa-kuasa Barat mengamalkan dasar pecah dan perintah (devide and rules) iaitu pihak penjajah telah mengubah status quo penduduk peribumi dan membawa masuk etnik-etnik yang berlainan bangsa serta mereformasikan sistem politik dan sosioekonomi bagi memudahkan pentadbiran mengikut kehendak dan kepentingan mereka. Kumpulan-kumpulan etnik ini telah dibahagi-bahagikan mengikut kawasan masing-masing dengan peranan tersendiri sehinggakan berlakunya asimilasi puak etnik dan kaum yang kemudiannya dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu. Sebagai contoh, di Malaya, British telah mengamalkan dasar ini dengan membawa masuk orang-orang Cina dan India dan mereka meyusun semula masyarakat. Hal ini menyebabkan berlaku ketidakseimbangan komposisi kaum dan sekali gus mewujudkan jurang ekonomi yang berbeza yang akhirnya isu ini seringkali dipolitikkan sehingga kini. Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya konflik dalam pengagihan ekonomi dalam sesebuah negara. Terdapat juga tindakan penjajah yang memberi kebaikan kepada tanah jajahan seperti memberi pendedahan dengan memperkenalkan sistem pemerintahan yang sistematik dengan mewujudkan flatform dan sistem demokrasi seperti sistem perlembagaan, pilihan raya, pembahagian kuasa dan sebagainya kepada kearah pemerintahan sendiri seperti yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu.

Di negara-negara membangun, pergelutan pembinaan identiti negara sering menimbulkan persengketaan, sama ada dari puak peribumi mahupun puak minoriti elit. Sehingga hari ini, pembentukan identiti dalam kalangan negara membangun masih diusahakan dengan pelbagai makanisme mengikut acuan tersendiri untuk menyatupadukan pelbagai etnik seperti yang diusahakan oleh Malaysia, Indonesia, Singapura dan sebagainya. Sebaliknya pula, negara-negara membangun seperti di Afrika, Amerika Selatan, Asia Selatan dan di negara-negara Balkan isu multi etnik atau isu ras masih menjadi pergelutan dan konflik. Hal ini jelas menjejaskan pembangunan serta perkembangan politik yang lebih stabil. Misalnya di Amerika Selatan, kehadiran kuasa Sepanyol dan Portugal telah menyebabkan ramai penduduk dari Eropah dibawa masuk ke dalam komuniti penduduk peribumi. Golongan ini lebih dikenali sebagai etnik minoriti Creoles dan Mestizo mereka  ini telah diberi layanan yang baik kerana bekerjasama dengan pihak penjajah sehingga mereka berjaya menjadi golongan elit seterusnya mereka mendominasi politik dan pentadbiran selepas berakhirnya kuasa penjajah di sana pada abad ke-19. Pemerintahan mereka seringkali tidak berlaku adil kepada kaum majoriti pribumi sehingga berlaku penindasan dalam erti kata pengagihan kekayaan yang tidak seimbang, kuasa politik tidak diberikan kepada kaum pribumi serta hak asasi tidak diberi perhatian terutamanya kepada kaum pribumi.

Penubuhan parti-parti politik berhaluan kiri yang berideologikan fahaman sosialis yang radikal ditubuhkan hasil daripada penindasan terhadap mereka pada satu ketika dahulu disebabkan oleh masalah antara negara yang dibawa yang berlarutan hingga ke negara yang dijajah dimana terdapat etnik yang menjadi musuh kepada negara koloni. .Contohnya di Tanah Melayu pada ketika itu diamana dapat dilihat penubuhan Parti Komunis Malaya yang menggugat keamanan dan kestabilan negara apabila berkuasa selama 2 minggu sebelum kedatangan British.PKM lah yang membentuk MPAJA untuk berjuang ala gerila menentang Jepun.Selepas berjaya mengusir tentera Jepun, satu konflik timbul disebabkan polisi tentera British yang sebenarnya anti-komunis.MPAJA atau Bintang Tiga mendakwa British berjanji untuk menyerahkan negara ini kepada mereka kerana mereka menyokong British tetapi apabila janji ini tidak ditunaikan, gerila MPAJA telah memberontak dan mengganas dengan membunuh ramai orang yang dianggap bersekongkol dengan Jepun yang kebanyakannya orang Melayu.

Ulasan

Justeru dalam konteks Malaysia pada hari ini sebenarnya telah lama kita sedari bahawa perpaduan kaum sudah semakin meruncing dan ibarat retak menunggu belah dewasa ini.Jadi sebelum yang retak itu menjadi belah belah,marilah kita sama-sama memperkukuhkan perpaduan.Hayati rukun negara sebaik mungkin kerana 5 prinsip rukun negara itu tidak direka secara suka-suka dan ia mempunyai mesej yang mendalam bagi memastikan kestabilan negara akan terus dikecapi.Hapuskan musuh-musuh negara yang berusaha memecahbelahkan semangat perpaduan yang sepatutnya ada dalam konteks negara berbilang bangsa.Justeru konsep 1 Malaysia adalah satu konsep yang bersesuaian dalam situasi negara yang mempunyai komposisi kaum yang berlainan.Penyertaan lebih ramai kaum dalam perkhidmatan awam seperti polis dan tentera sebenarnya mampu menyemai semangat cintakan negara kerana semangat itu dapat dirasai lebih-lebih lagi bersabung nyawa mempertahankan musuh negara.Keamanan dan kestabilan negara yang kita kecapi hari ini perlu dipertahankan dan bukan dimusnahkan oleh tangan-tangan gelap

-Arif Haikal-
(Mahasiswa Nadi Negara)

1 comment:

  1. Banyak ragam etnik di Malaysia, seperti juga di Indonesia, salam blogger dari saya di Indonesia

    ReplyDelete