Attention To All Readers
If you have any comment or suggestion for this blog, do tell us.
And if you guys have anything to be share, do enlighten us by sending us email at
mahasiswa.nadi.negara@gmail.com

Saturday, 30 July 2011

RESIPI PILIHAN MNN : BISTIK DAGING

Sempena Ramadhan yang makin menjelang ini,Mahasiswa Nadi Negara menyediakan satu slot khas untuk resipi.Semoga resipi yang dibawakan oleh MNN ini membawa manfaat kepada semua.Bagi yang berminat,bolehlah mencuba dirumah


Bahan-bahan

- Rempah bistik (boleh dpt kt mana-mana kedai / pasar)

- bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas

- asam, garam, ajinomoto (optional ) 

- kicap pekat, gula, kerisek

-rempah tumis (buah pala,cengkih,kayu manis,bunga lawang)

- minyak utk menggoreng

- daging

Cara-cara memasak

- kisar bawang, lengkuas, halia.

- tumbuk kerisek sampai keluar minyak.

- bahan yang dikisar dibahagi dua, 1 bhgian campur dengan repah kerisek, kicap pekat (sukatan ikut suke..) & rempah bistik

- perap daging yg dah di hiris halus dengan campuran kerisek, rempah bistik, etc tu td.. (perap dlm 2 jam. lebih lama lebih sedap)

- panaskan minyak tumis rempah tumis.. rempah tumis (buah pala, cengkih, kayu manis, bunga lawang). da naik bau, masukkan bahan kisar ynag sebahagian ladi tadi

- masukkan daging yg telah diperap

- masak hingga empuk.Bile sudah empuk baru masukkan asam, garam, gula, etc..

* petua: kalau x empuk jugak, masukkan sudu dlm bistik tu dlm kuali. insya'Allah cepat empuk.. :)

(Sumber : Hidayatul Hajar / Che Dett)
-Mahasiswa Nadi Negara-

TESTIMONIAL OLEH SEBAHAGIAN AHLI MAHASISWA NADI NEGARA



Friday, 29 July 2011

KITA SEMAKIN KEJAM

MAYAT BAYI DALAM BEG TANGAN WANITA


NILAI: “Saya ingatkan beg tangan itu berisi duit, namun sebaik membukanya, saya terkejut melihat sehelai tuala berdarah dan apabila disentuh ia terasa lembut,” kata Azmi Talib, 48, pengguna jalan raya yang menemui mayat bayi lelaki di Kilometer 282.4, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur masuk Nilai, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, Azmi yang kebetulan berhenti di bawah jambatan di lebuh raya berkenaan untuk makan durian bersama seorang rakannya mula sangsi melihat beg tangan wanita dalam keadaan masih elok dalam longkang berhampiran.

“Saya dan rakan menaiki dua motosikal dalam perjalanan pulang ke Gombak dari Muar, Johor, berhenti di situ kerana terlalu penat. Kami kemudian berhenti untuk makan durian dibawa dari kampung.



“Kemudian saya pergi ke longkang untuk membuang air kecil lalu ternampak beg masih lagi elok dan tergerak hati untuk membukanya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia bagaimanapun terkejut selepas ternampak kain berlumuran darah.


Katanya, dia tidak berani membuka bungkusan kain dalam beg itu dan terus menahan sebuah kereta peronda polis yang kebetulan melalui kawasan itu.





“Seorang anggota polis itu kemudian mengangkat beg ke atas dan membuka bungkusan itu sebelum menemui mayat bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan sebaik dimaklumkan penemuan mayat bayi itu. 

“Berdasarkan kepada siasatan awal mendapati bayi lelaki itu dipercayai baru dilahirkan kerana tali pusat dan uri masih ada padanya,” katanya.

“Malah, uri juga dibungkus dalam beg plastik berasingan dan diletakkan bersebelahan bayi itu. Bayi lelaki itu dibalut dengan tuala dan lampin di dalam sebuah beg tangan perempuan berwarna coklat,” katanya di sini, semalam.


Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu kerja penyiasatan.


Beliau berkata, bayi itu dipercayai keturunan Melayu dan mayatnya itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.


Polis masih mengesan suspek membuang bayi itu dan orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran.



(Sumber : Harian Metro 30 Julai 2011)


Lihatlah dunia

Lihatlah dunia wahai manusia
Simpati itu seakan tiada
Nyawa itu seakan boneka
Takdir itu seakan manusia yang punya kuasa

Lihatlah dunia wahai manusia
Berapa nilai nyawa?
Berapa harga sebuah kehidupan?
Manusia itu dijadikan mulia
KIni ..
Aku hanya mampu terdiam
Aku hanya mampu terdiam
Aku hanya mampu terdiam
Ini bukan anak bangsaku
Ini bukan warisanku
Ini bukan impian kita

Lihatlah dunia wahai manusia
Lihatlah dunia wahai Melayu
Umat kita dibunuh tanpa rasa simpati
Nun jauh di negara-negara gila kuasa
Kita disini
Di bumi bertuah
Membunuh generasi
Aku malu
Sudah ramai pemimpinku berkata 'Bangkitlah Melayu'
Ternyata Melayu masih layu

Lihatlah dunia wahai manusia
Lihatkah dunia wahai Melayu

-Arif Haikal-
(Mahasiswa Nadi Negara)


Palestin - Tangisan dan Derita (siri 2)

Dimanakah letaknya bumi Palestin??

Palestin dulu dikenali sebagai sebuah wilayah barat-daya di negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan.

Palestin berada di kawasan yang beriklim mediteranian dan keluasan Palestin  kini dianggarkan seluas 27,009 km persegi. Hari ini, kawasan geografi ini dibahagikan kepada negeri Israel (yang ditubuhkan pada bulan Mei 1948), Tebing Barat (termasuk Jerusalem timur) dan Semenanjung Gaza yang diduduki oleh Israel pada tahun 1967.

Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk tanam sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap sebagai bandar yang didatangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.








Marhaban Ya Ramadhan

YA ALLAH YA RAHMAN ...
YA ALLAH YA RAHIM ...

YA ALLAH mungkin ini ramadhan terakhirku ...
terima kasih sudah KAU singgahi diri ini dengan CINTAMU.
meskipun rasa malu ta terhingga dihadapanMU
ta sanggup membalas semua CINTAMU dgn sempurna
rasa lemah, hina & kotor menyelimuti diri ini ...
ta berdaya dalam keterkalahkan oleh nafsu & dunia

YA ALLAH ...
bila KAU ta menolongku di RAMADHAN ini
hancur & musnahlah si hina ini ...
sungguh ta sanggup hamba menanggung semua beban dosa ini
ta sanggup hamba menanggung masa dimana semuanya ta berguna

Duhai RAJAku SANG RAJA RAMADHAN ...
Duhai PANGERAN CINTA SANG RAMADHAN ...
Tolonglah aku dengan ampunan & kemurahan CINTA KASIH SAYANGMU
jenguklah aku dlm derita ini, meskipun berlumur dosa ta terhingga.
bila KAU hanya mau menemui mereka yg berpakaian cahaya
lalu bagaimana dgn diri ini yg berpakaian nista & hina
kemana lagi diri ini akan kembali selain kepadaMU

YA ALLAH ...
sungguh ta sanggup hamba hidup tanpaMU
sejuta keperihan, keterhinaan,cacian & makian dapat ku lewat
tapi 1 detikpun aku ta sanggup melewati hidup ini tanpaMU
berpisah denganMU bagiku adalah sejuta neraka jahannam

YA ALLAH ...
begitu kotornya diri ini ... KAU TAU itu
KAU MAHA TAHU, dan KAU CIPTAKAN aku dlm keterbatasan
bila ta KAU bebaskan dari penjara2ku ini
sungguh ta dapat kubayangkan keabadian derita yg amat sangat bagiku.

TOLONG HAMBA YA ALLAH YA RASULULLAH
berbelaskasihanlah pada sihina ini ...
hamba mengingnkan DIRIMU ...
ajarilah hamba utk selalu bersamaMU dalam hidup & matiku
ijinkanlah & jadikanlah atas hak & kuasaMU terhadapku
Ramadhan ini aku dapat kembali padaMU
berjumpa dengan RASULMU YG TERKASIH KINASIH
berkumpul dengan para PECINTAMU dalam CAHAYA KASIH

YA ALLAH ...
ijinkanlah & jadikanlah atas hak & kuasaMU terhadapku
AKU menjadi RAMADHAN bagiku
RAMADHAN menjadi AKU bagiku
bersatulah AKU dalam RAMADHAN
hingga hari2ku, tiap detikku, tiap tarikan nafasku adalah RAMADHAN
hingga hari2ku, tiap detikku, tiap tarikan nafasku adalah NUZULUL QUR"AN
hingga hari2ku, tiap detikku, tiap tarikan nafasku adalah LAILATUL QADAR
selalu berjumpa denganMU

ampuni hamba DUHAI YANG MAHA PENGAMPUN
tenggelamkanlah hamba, kedua orang tua hamba, keluarga hamba, istri & seluruh keturunan hamba hingga akhir jaman, orang2 yg menjadi tanggung jawab hamba dalam kasih & sayangMU, sahabat2, orang2 yg membenci hamba & seluruh umat islam didunia & diakherat dari timur hingga barat dalam samudera PENGAMPUNANM, dalam samudera KEDERMAWANANMU ...

MARHABAN YA RAMADHAN duhai diriku ...
MARHABAN YA RAMADHAN CINTAku ...
MARHABAN YA RAMADHAN saudara2ku ...

kelapangan maaf & kasih saudara2 seperti CAHAYA bagiku
CAHAYA yg menerangi jalan gelapku
sudilah kiranya saudara2ku berbagi CAHAYA pada yg gelap & hina ini
harapku semoga ALLAH mengambilku dalam CINTA yg sempurna
yg terbungkus oleh CAHAYA & diantara CAHAYA itu ada bagian dari rasa maaf saudara2ku
pada diri ini ...

MAAF BATHIN LAHIR YA ALLAH ...
MAAF BATHIN LAHIR YA RASULULLAH ...
MAAF BATHIN LAHIR YA WALIYULLAH ...
MAAF BATHIN LAHIR ...
MAAF BATHIN LAHIR ...
MAAF BATHIN LAHIR saudara2ku & seluruh makhluk di alam jagat raya ini

MERDEKA ...

Gatot Kaca@nhe/SaljuSnow

Thursday, 28 July 2011

Karya Mahasiswa

Embun Pergi,Pelangi pudar kembali

Melakar embun di kala fajar sudah menyinsing.
Menanti tabir pelangi
Wujudkah bahagia yang kita impi?
Wujudkan sirna yang makin tercela?
Tak terperi luka-luka semalam

Mencoret erti suka, erti duka
Tanam diri kau jauh-jauh.
Dalam
Amat dalam untuk di eskavasi
Sulit
Terlalu sulit menebak gulana dalam hati
Titis-titis embun kian pergi.
Tinggal pelangi makin pudar..
Pudar
Lalu pergi.
Selamat tinggal embun
Selamat tinggal pelangi
Moga kita ketemu lagi.
Aku undur diri

-AmiraIsmail, 2011-
(Mahasiswa Nadi Negara)

Ramadhan bakal tiba



Assalamualaikum WBT dan salam mawaddah buat semua. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi, Tuhan sekalian alam, Salawat dan salam seharum kasturi buat junjungan Muhammad S.A.W, serta puji-pijian buat para sahabat serta ahli keluarga baginda, salam rindu dan syahdu buat golongan tabiin serta ulama terdahulu seterusnya salam semerbak kuntuman mewangi buat seluruh muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian. Tidak sabar rasanya menempuh bulan paling mulia, yakni Ramadhan al-Mubarak yang bakal tiba tidak lama lagi.  

Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dalam Islam. Bulan yang penuh hikmah yang menguji kekuatan iman setiap manusia terhadap Allah yang Maha Esa. Sebagai seorang Islam, kedatangan bulan Ramadhan seharusnya disambut dengan penuh kesyukuran dan keazaman untuk meningkatkan tahap keimanan dan kecintaan kita kepada agama. Di bulan yang mulia dan penuh barakah ini juga manusia dibebaskan dari gangguan dan godaan syaitan. Setiap amalan, akan diberi ganjaran yang berlipat ganda. Iman dan nafsu bertarung dalam satu nyawa dan jasad. Siapakah pemenangnya..iman ataupun nafsu? tak perlu undian sms mahupun komen juri professional, juga tiada tangisan terkeluar pertarungan akibat kekurangan undian. Pemenangnya hanya Allah yang menilai keikhlasan hamba-Nya dalam menunaikan suruhan-Nya.

Ayuh sama-sama kita mengimbau kembali ibadah puasa kita pada tahun-tahun sebelumnya. pasti ada di antara kita yang merasakan masih belum "all out" dalam memanfaatkan kemuliaan bulan Ramadhan ini. pasti ada juga dalam kalangan kita yang selalu membazir ketika menyediakan juadah berbuka, dan tidak kurang juga yang sekadar menunggu waktu berbuka tanpa meningkatkan amalan-amalan sunnah baginda. Justeru itu, saya berpesan kepada diri saya dan sahabat semua agar mempersiapkan diri untuk memperbaiki lagi akhlak, iman dan rasa cinta kita terhadap bulan Ramadhan yang bakal tiba ini. Dengan harapan semoga kehadiran bulan ramadhan ini nanti boleh mendekatkan lagi rasa cinta kita kepada junjungan nabi Muhammad dengan mempertingkakan amalan sunnah baginda dan mendekatkan lagi rasa ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala amalan yang ditegaNya.

Oleh yang demikian, janganlah kita sesekali mencari alasan untuk meninggalkan ibadah puasa ini. Kewajiban untuk menunaikannya sudah jelas dan tidak rugi pun jika kita melaksanakannya. Untuk akhirnya, sama-sama lah kita merenung sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah bin Omar Al-Khattab r.a. :
بُÙ†ِÙŠَ الإسلامُ عَÙ„َÙ‰ Ø®َÙ…ْسٍ : Ø´َÙ‡َاْدَØ© أنْ لا إله إلا الله وأنَّ محمداً رَسُولُ الِله وإقام الصَّلاةِ

وإيتَاء الزَّكاةِ وحجّ البيتِ وصَÙˆْÙ… رَÙ…َضَان
Maksudnya : “Islam itu dibina atas lima rukun, penyaksian tiada tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, naik haji dan puasa pada bulan Ramadan”.
( H.R. Al-Bukhari & Muslim )


-Mohd Syahrul Sopian Bin Sulaiman-
(Mahasiswa Nadi Negara)

Stand up together




Standing ovation to all Harimau Malaya's players!Kudos!


Losing doesn't mean that we're not a fighter


Keep fighting till the last breath!


Keep supporting Harimau Malaya!

MARI SOKONG PASUKAN BOLA SEPAK NEGARA


MARI BUKTIKAN PADA JIRAN KITA

KITA MAMPU ROBEK GAWANG MEREKA


KITA SAPU LAWAN KITA

KITA ANGKAT MARUAH KITA!

KASI GEGAR BUKIT JALIL MALAM INI!

HIDUP HARIMAU MALAYA!

Wednesday, 27 July 2011

Cabaran Negara Membangun pelbagai etnik

Negara-negara membangun atau lebih popular dengan terminologi dunia ketiga (Third World) telah dipopularkan oleh sejarawan Perancis iaitu Alfred Sauvy pada tahun 1950 bagi menggambarkan keadaan dunia pada waktu itu yang terbahagi kepada blok Kapitalism (First World) dan blok Sosialis (Second World). Dalam sistem ekonomi dunia pula, negara tersebut dikenali dengan negara-negara Selatan atau G77 dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Kebiasaanya, negara-negara tersebut terletak di benua Asia, Afrika, Amerika Latin dan Kepulauan Pasifik. Terdapat juga negara-negara dunia ketiga yang mendapat status New Industry Country or Economic (NIC)disebabkan kemajuan dalam perindustrian dan pertumbuhan ekonomi yang lebih stabil. Antara negara-negara tersebut ialah Malaysia, Singapura, China, India, Korea Selatan, Mexico, Brazil, Iran, Arab Saudi, Thailand dan sebagainya. Hampir kesemua negara membangun menjadi anggota pertubuhan antarabangsa seperti PBB, NAM, Komanwel, OIC dan sebagainya serta bergiat aktif dalam proses regionalisme dan juga dilihat mempunyai peranan yang besar dalam pertubuhan antarabangsa. Kebanyakkan negara-negara membangun ini kesemuanya pernah dijajah oleh negara-negara kolonial Barat dan terdapat juga yang tidak pernah dijajah seperti Thailand, Liberia dan Ethiopia

Dampak penjajahan kuasa kolonial terhadap negara berbilang etnik
Antara faktor yang menyumbangkan ketidakstabilan politik di negara-negara membangun ialah disebabkan legasi atau warisan sejarah serta dampak kolonialisme yang ditinggalkan oleh kuasa-kuasa kolonial seperti Portugis, Sepanyol, Belanda, Perancis, Britain, Itali, Belgium, Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat ke atas tanah jajahan mereka. Dalam hal ini era penjajahan biasanya mengambil masa yang lama sehingga beratus-ratus tahun dan ada pula negara-negara membangun dijajah secara berperingkat oleh beberapa kuasa-kuasa Barat yang berlainan. Faktor kolonialisme memainkan peranan yang penting terhadap pembangunan sama ada positif atau negatif di negara tanah jajahan mereka. Kebanyakkan kuasa-kuasa Barat mengamalkan dasar pecah dan perintah (devide and rules) iaitu pihak penjajah telah mengubah status quo penduduk peribumi dan membawa masuk etnik-etnik yang berlainan bangsa serta mereformasikan sistem politik dan sosioekonomi bagi memudahkan pentadbiran mengikut kehendak dan kepentingan mereka. Kumpulan-kumpulan etnik ini telah dibahagi-bahagikan mengikut kawasan masing-masing dengan peranan tersendiri sehinggakan berlakunya asimilasi puak etnik dan kaum yang kemudiannya dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu. Sebagai contoh, di Malaya, British telah mengamalkan dasar ini dengan membawa masuk orang-orang Cina dan India dan mereka meyusun semula masyarakat. Hal ini menyebabkan berlaku ketidakseimbangan komposisi kaum dan sekali gus mewujudkan jurang ekonomi yang berbeza yang akhirnya isu ini seringkali dipolitikkan sehingga kini. Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya konflik dalam pengagihan ekonomi dalam sesebuah negara. Terdapat juga tindakan penjajah yang memberi kebaikan kepada tanah jajahan seperti memberi pendedahan dengan memperkenalkan sistem pemerintahan yang sistematik dengan mewujudkan flatform dan sistem demokrasi seperti sistem perlembagaan, pilihan raya, pembahagian kuasa dan sebagainya kepada kearah pemerintahan sendiri seperti yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu.

Di negara-negara membangun, pergelutan pembinaan identiti negara sering menimbulkan persengketaan, sama ada dari puak peribumi mahupun puak minoriti elit. Sehingga hari ini, pembentukan identiti dalam kalangan negara membangun masih diusahakan dengan pelbagai makanisme mengikut acuan tersendiri untuk menyatupadukan pelbagai etnik seperti yang diusahakan oleh Malaysia, Indonesia, Singapura dan sebagainya. Sebaliknya pula, negara-negara membangun seperti di Afrika, Amerika Selatan, Asia Selatan dan di negara-negara Balkan isu multi etnik atau isu ras masih menjadi pergelutan dan konflik. Hal ini jelas menjejaskan pembangunan serta perkembangan politik yang lebih stabil. Misalnya di Amerika Selatan, kehadiran kuasa Sepanyol dan Portugal telah menyebabkan ramai penduduk dari Eropah dibawa masuk ke dalam komuniti penduduk peribumi. Golongan ini lebih dikenali sebagai etnik minoriti Creoles dan Mestizo mereka  ini telah diberi layanan yang baik kerana bekerjasama dengan pihak penjajah sehingga mereka berjaya menjadi golongan elit seterusnya mereka mendominasi politik dan pentadbiran selepas berakhirnya kuasa penjajah di sana pada abad ke-19. Pemerintahan mereka seringkali tidak berlaku adil kepada kaum majoriti pribumi sehingga berlaku penindasan dalam erti kata pengagihan kekayaan yang tidak seimbang, kuasa politik tidak diberikan kepada kaum pribumi serta hak asasi tidak diberi perhatian terutamanya kepada kaum pribumi.

Penubuhan parti-parti politik berhaluan kiri yang berideologikan fahaman sosialis yang radikal ditubuhkan hasil daripada penindasan terhadap mereka pada satu ketika dahulu disebabkan oleh masalah antara negara yang dibawa yang berlarutan hingga ke negara yang dijajah dimana terdapat etnik yang menjadi musuh kepada negara koloni. .Contohnya di Tanah Melayu pada ketika itu diamana dapat dilihat penubuhan Parti Komunis Malaya yang menggugat keamanan dan kestabilan negara apabila berkuasa selama 2 minggu sebelum kedatangan British.PKM lah yang membentuk MPAJA untuk berjuang ala gerila menentang Jepun.Selepas berjaya mengusir tentera Jepun, satu konflik timbul disebabkan polisi tentera British yang sebenarnya anti-komunis.MPAJA atau Bintang Tiga mendakwa British berjanji untuk menyerahkan negara ini kepada mereka kerana mereka menyokong British tetapi apabila janji ini tidak ditunaikan, gerila MPAJA telah memberontak dan mengganas dengan membunuh ramai orang yang dianggap bersekongkol dengan Jepun yang kebanyakannya orang Melayu.

Ulasan

Justeru dalam konteks Malaysia pada hari ini sebenarnya telah lama kita sedari bahawa perpaduan kaum sudah semakin meruncing dan ibarat retak menunggu belah dewasa ini.Jadi sebelum yang retak itu menjadi belah belah,marilah kita sama-sama memperkukuhkan perpaduan.Hayati rukun negara sebaik mungkin kerana 5 prinsip rukun negara itu tidak direka secara suka-suka dan ia mempunyai mesej yang mendalam bagi memastikan kestabilan negara akan terus dikecapi.Hapuskan musuh-musuh negara yang berusaha memecahbelahkan semangat perpaduan yang sepatutnya ada dalam konteks negara berbilang bangsa.Justeru konsep 1 Malaysia adalah satu konsep yang bersesuaian dalam situasi negara yang mempunyai komposisi kaum yang berlainan.Penyertaan lebih ramai kaum dalam perkhidmatan awam seperti polis dan tentera sebenarnya mampu menyemai semangat cintakan negara kerana semangat itu dapat dirasai lebih-lebih lagi bersabung nyawa mempertahankan musuh negara.Keamanan dan kestabilan negara yang kita kecapi hari ini perlu dipertahankan dan bukan dimusnahkan oleh tangan-tangan gelap

-Arif Haikal-
(Mahasiswa Nadi Negara)

Tuesday, 26 July 2011

Palestin - Tangisan dan Derita (siri 1)

Salam and greetings...


Pengenalan

Isu Palestin muktahir  ini semakin hangat seolah-olah tiada penghujungnya. Tragedi pembunuhan beramai-ramai penuh tragis, seperti Deir Yassin pada tanggal 9 April 1948 sentiasa terpahat di hati rakyat Palestin sebagai tragedi pilu yang masih dirasai sehingga kini. Meskipun peristiwa pahit itu sudah 63 tahun berlalu, namun ia masih lagi menghantui rakyat Palestin dan sesiapa sahaja yang masih punya rasa kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama. Peristiwa berdarah ini menyaksikan bagaimana tahap kemanusiaan sudah jatuh ke tahap yang amat keji sehingga tidak mampu dibayangkan oleh kita yang ternyata masih waras akal fikiran. Mereka yang terselamat dek kerana terlindung di sebalik tumpukan mayat dan timbunan batu dan kayu menjadi saksi bagaimana wanita-wanita hamil dirodok perut mereka dan dikeluarkan janinnya. Kanak-kanak pula dipancung di hadapan ibu-ibu mereka. Anak-anak gadis sunti dicabul, diperkosa dan dibunuh dengan keji  Disusun disepanjang tembok dan kemudiannya ditembak sehingga hancur. Walaupun sudah lama berlaku, tragedi Deir Yassin akan kekal tertulis dengan tinta darah dalam minda seluruh rakyat Palestin.

Ternyata perbuatan amat biadap ini sengaja dirancang untuk menimbulkan ketakutan yang mencengkam di sanubari rakyat Palestin supaya mereka segera meninggalkan tanah air mereka demi keselamatan diri dan keluarga. Siri-siri pembunuhan beramai-ramai seperti ini telah sering kali berlaku di bumi Palestin dan sehingga kini sebagai umat yang bermaruah, rakyat Palestin  masih lagi tetap bertahan demi mempertahankan kampong halaman mereka meski pun terpaksa berhadapan dengan kumpulan pengganas Zionis yang disokong oleh Bangsa-bangsa Bersatu, British dan negera-negara Eropah. Namun begitu, sampai bilakah tragedi berdarah ini akan terus berentetan? Apakah mereka-mereka ini tidak layak untuk memiliki kehidupan yang sempurna?? Aman tanpa peperangan?? Tanpa sebarang pertumpahan darah?? Sesungguhnya, solusi yang tepat dan cermat perlu diusahakan agar dapat kita memastikan bahawa isu ini tidak lagi membelenggu rakyat Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.  Mari kita sama-sama renungkan…..

[get this from here]



To be continue.......

Sunday, 24 July 2011

Mahasiswa Nadi Negara

Assalamualaikum wrbt and a very silent evening.
Took this from our official group


 Bismillahirrahmanirrahim.Assalamu `alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat bersama-sama membuka group Mahasiswa Nadi Negara pada hari ini 17 Julai 2011. Mahasiswa Nadi Negara mengalu-alukan penyertaan mahasiswa-mahasiswi kedalam group ini khas khas untuk bertukar-tukar pandangan dan idea mengenai hala tuju mahasiswa yang dikenali sebagai suara keramat anak muda.
Mahasiswa adalah pencorak kepada generasi kepimpinan pada masa akan datang.Maka dengan itu,seharusnya mahasiswa berada dalam medan yang betul dan terbaik bagi mencapai hasrat ini.Sehubungan itu juga,ahli-ahli MNN digalakkan berkongsi maklumat yang berfaedah supaya dapat menggalakkan perkembangan minda yang positif dan menjadikan MNN sebagai wadah bagi melahirkan generasi mahasiswa yang sihat dari pelbagai aspek.

Justeru amatlah wajar bagi mahasiswa-mahasiswa menerapkan 8 nilai dalam gagasan 1 Malaysia iaitu :

1) Budaya kecemerlangan
2) Ketabahan
3) Rendah hati
4) Penerimaan
5) Kesetiaan
6) Meritokrasi
7) Pendidikan
8) Intergriti

Jika diamati dan difahami dengan baik,8 nilai dalam gagasan 1 Malaysia ini patut diterima pakai dan disematkan dalam jiwa mahasiswa tanpa mengambil kira fahaman politik masing-masing kerana nilai yang diterapkan adalah nilai murni yang mampu menjadikan mahasiswa/i sebagai pewaris kepimpinan yang lebih baik pada masa akan datang.Justeru,komitmen dan tanggungjawab mahasiswa/i adalah dituntut bagi menyumbang bakti kepada negara.Jauhkanlah diri daripada terjebak kedalam gejala-gejala negatif yang akan merosakkan perpaduan yang telah dibina sekian lama.

Malaysia adalah bumi bertuah.Maka usahakanlah bumi yang bertuah ini sebaik-baiknya untuk generasi yang akan datang.Kita tidak mahu generasi akan datang menanggung kesan yang buruk akibat daripada perpecahan yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.Jadikanlah kumpulan mahasiswa yang ada pada hari ini sebagai seberkas lidi-lidi yang saling menguatkan antara satu sama lain.Kelemahan dan kekurangan sama kita perbaiki.Kebaikan dan kekuatan sama kita kongsi.Laungkan semangat perpaduan mahasiswa agar suara kita menjadi suara yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat.Perpaduan teras keamanan.Berpeganglah pada prinsip rukun negara agar mahasiwa menjadi agen perpaduan dan pembangunan kepada semua.

Akhir kata,sambutlah salam dari kami Mahasiswa Nadi Negara dan semoga negara kita aman makmur dan terus membangun dari aspek pelbagai sudut dan menjadi sebuah negara yang disegani di peringkat global.Mahasiswa sayang Malaysia.Sekian