Attention To All Readers
If you have any comment or suggestion for this blog, do tell us.
And if you guys have anything to be share, do enlighten us by sending us email at
mahasiswa.nadi.negara@gmail.com

Thursday 26 January 2012

Siapa Perjuang Sebenar??



Alhamdulillah, Allah s.w.t mengurniakan seorang manusia yang pandangan dan pendiriannya begitu jelas dan amat berguna kepada umatnya..

Saya sebagai seorang Melayu beragama islam berasa amat bangga kerana jiwa Tun M lebih hebat dari saya dan juga rakan-rakan saya dalam memperjuangkan islam dan mempertahankan Melayu..

Saya amat tertarik dengan Isu judi dan Bahasa Melayu yang Tun M suarakan..

"Saya akan luluskan lesen judi kalau saya berkuasa" itulah kata-kata Mantan PM kita Tun M..

Di sini bukan saya ingin mempertahankan pendapat Tun M tapi apa yang tersirat dalam kata-kata tersebut. Maka mereka yang "memperjuangkan Islam" terus menghentamnya..

Adakah kita dapat menjawab bila ia berkata kita tak boleh halang orang makan babi (khinzir)?? begitulah juga judi dikalangan orang bukan Islam..

Tetapi apa bezanya kenyataan pemimpin yang kononnya bergelar ulama mengatakan ianya keperluan untuk orang-orang bukan islam lalu diluluskan lesen sampai 44, itu baru satu negeri..

Ianya tiada beza bila mengatakan Umno itu rasis bila memperkatakan hak-hak Melayu.. Tetapi bila kaum lain bersuara tidak pulak macam perangai Yahudi jadinya..

Menjadikan umat Islam keliru kejap halal kejap haram sedangkan hukumnya jelas. Maknanya Umno itu adalah Parti Islam yang sebenar kerana dia tidak boleh meluluskan lesen judi berbanding parti yang kononnya memperjuangkan islam..

Saya amat khuatir bila sampai masanya akhir dunia kuasa memerintah diberi kepada mereka yang bukan mahir dalam bidangnya (tak sebut islam ke tidak).. Jangan terkejut kalau ada Timbalan Menteri Agama dari kalangan bukan islam suatu hari nanti di Malaysia macam Timbalan Menteri Pelajaran.. Tak mustahil kerana ramai yang pandai baca ayat2 Al-quran lebih-lebih lagi dikhalayak ramai sekarang ini..

Jadi kenyataan Tun M adakah kenyataan sinis beliau mengenai judi sebagaimana pembatalan lesen judi oleh PM atas dasar pandangan rakyat..

Siapa sebenarnya yang memperjuangkan Islam.. Janganlah kita mendabik dada. Ikutah resmi padi; makin berisi makin menunduk.. Perjuangkanlah dengan tindakan bukan hanya cakap yang boleh berubah-rubah.. Allah Maha mengetahui...


~Mahasiswa Pemangkin Generasi Terbilang~

No comments:

Post a Comment