Attention To All Readers
If you have any comment or suggestion for this blog, do tell us.
And if you guys have anything to be share, do enlighten us by sending us email at
mahasiswa.nadi.negara@gmail.com

Monday, 16 January 2012

Kepentingan Mempelajari Bahasa Inggeris [Realiti]

Oleh Cik Mie ( Mahasiswa Nadi Negara )



1. Mentaliti orang Malaysia terutama Orang Melayu berhubung penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pembelajaran amat mendukacitakan.

2. Masih ramai lagi yang tidak memandang dari sudut realiti terutama apabila memasuki pusat pengajian tinggi yang rata-rata buku rujukan yang ada di dalam perpustakaan, adalah di dalam Bahasa Inggeris.

3. Jika pengkritik hanya pandai mengkritik dan memberi pandangan yang hanya berat sebelah pihak, ianya akan menyebabkan mereka mengeluarkan kritikan negatif dan tidak berpijak ke dunia realiti.

4. Bukan semua pusat pengajian tinggi menggunakan Bahasa Melayu semasa di dalam kelas dan proses pembelajaran. Tambahan pula, pensyarah berasal dari luar negara, sudah pasti beliau akan mengajar di dalam Bahasa Inggeris. Nota-nota yang diberikan semuanya di dalam Bahasa Inggeris melainkan jika pensyarah itu warganegara atau berasal dari kepulauan Melayu atau yang fasih berbahasa Melayu.

5. Apabila pengkritik mengaitkan dengan agama, ianya seakan-akan mereka sudah betul tetapi agama bukan hanya agama untuk satu-satu bangsa dan ianya adalah untuk semua. Jika ingin berhubung atau memberi penerangan agama Islam kepada muallaf yang berasal dari luar negara terutama Eropah atau kepulauan Inggeris, bahasa asing perlu dikuasai.

6. Berkenaan buku rujukan di perpustakaan, amat susah untuk mencari buku rujukan di dalam Bahasa Melayu terutama subjek Sains seperti Biologi, Kimia dan Fizik. Istilah yang digunakan jika dialihbahasa, maksud yang diberikan tidak tepat dan kena dengan maksud sebenar. Begitu juga dengan bahasa yang digunakan, ada juga istilah Latin, Greek dan lain-lain lagi bahasa di dalamnya.

7. Bagi peniaga yang ingin mendapat pendapatan lebih, mereka boleh memasarkan produk barangan mereka ke luar negara dan Bahasa Inggeris adalah antara contoh bahasa yang perlu dipelajari. Jika tidak, agak susah untuk memberi penerangan terutama berkenaan kandungan di dalam makanan, apa kegunaan produk yang dikeluarkan dan kelebihan produk mereka berbanding produk yang dikeluarkan oleh syarikat lain.

8. Tidak ada paksaan untuk menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Jika dikuasai, peluang pekerjaan lebih cerah apabila pelajar menamatkan pengajian dan mencari kerja di syarikat-syarikat antarabangsa serta boleh bekerja di luar negara.

9. Apabila manusia sentiasa berada di dalam zon selesa, tahap pemikiran mereka agak terbatas dan pemikiran mereka agak terkongkong; lebih suka berada di tempat yang sama.

10. Ini berlawanan dengan seruan agama dan melalui alunan azan yang mengajak umat Islam khususnya untuk menuju kejayaan. Alunan azan setiap hari adalah sebanyak 5 kali sehari yang sentiasa menyeru umatnya begerak lebih aktif dan bukannya pasif atau tidak bergerak langsung.

11. Jika di dalam pemikiran manusia sudah diasuh sejak kecil lagi untuk tidak berubah, sudah pastinya manusia tidak akan berubah.



~Mahasiswa Pemangkin Generasi Terbilang~

No comments:

Post a Comment