Attention To All Readers
If you have any comment or suggestion for this blog, do tell us.
And if you guys have anything to be share, do enlighten us by sending us email at
mahasiswa.nadi.negara@gmail.com

Sunday, 14 August 2011

Motto MNN = Mahasiswa Pemangkin Generasi Terbilang!!

Mahasiswa Pemangkin Generasi Terbilang!!

Sebagai seorang mahasiswa.. Yang mempunyai latar belakang yang terpelajar, seharusnya mampu mengingatkan diri sendiri dan seterusnya rakan-rakan lain bahawa golongan muda amat penting bagi sesebuah negara baagi memastikan kelangsungan kejayaan.. Keharmonian.. Keamanan​ dan kemajuan negara agar dapat terus dinikmati.. Tambahan lagi mahasiswa juga bakal menggantikan tampuk barisan kepimpinan yg ada sekarang ni.. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk memangkin generasi yang ada pada masa ini demi menjadi sebuah bangsa yang cemerlang.. Gemilang.. dan Terbilang.. InsyaAllah~


AZHAM
(Mahasiswa Nadi Negara)

Palestin - Tangisan dan Derita (siri 3)

Palestin menurut perspektif Islam!!

Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Kepentingan Palestin kepada Islam amat jelas melalui rujukan kerap kepadanya di dalam Al-Qur'an dan juga Hadith Rasulullah SAW. Menurut  Al-Qur’an dan sunnah :

a)    Keistimewaan utama bumi Palestin ini kepada umat Islam ialah kerana di dalamnya terletak Baitul-Maqdis, tempat yang paling mulia menurut Islam di luar tanah Hijaz. Kedua-dua, Masjidil Aqsa dan Kubah Batu telah dibina di dalam kawasan Baitul-Maqdis.

b)    Masjid al-Aqsa : sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam, selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Masjidil Aqsa merupakan masjid kedua yang dibina, 40 tahun setelah pembinaan masjidil haram di Mekah. Di dalam sebuah

c)    Hadith, Abu Dhar telah menyatakan:

"Pada satu ketika aku bertanyakan Rasulullah SAW apakah masjid yang pertama di bumi; Baginda SAW telah berkata Masjidil-haram.  Kemudian aku bertanyakan baginda SAW: Kemudian, masjid mana? Baginda SAW menjawab: Masjidil-Aqsa. Aku kemudiannya bertanya kepada baginda apakah jangka-masa diantara tertubuhnya kedua-dua masjid tersebut; dan Baginda SAW menjawab: empat puluh tahun " Al-Bukhari

d)    Baitul-Maqdis  di Palestin inilah merupakan tempat fokus kejadian Isra’ dan Mikraj (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit. Firman Allah SAW di dalam Al-Qur'an, mafhumnya :

"Glory be to the One who took his servant on a journey by night from Al-Masjid Al-Haram in Mecca to Al-Masjid Al-Aqsa whose precincts we have blessed....." Holy Qur'an, Surah Al-Isra' ( :1)  


e)    Baitul-Maqdis di Palestin merupakan Qiblat pertama umat Islam.  Umat Islam bersolat berqiblatkan Baitul-Maqdis sepanjang kehidupan Rasulullah SAW di Makkah sebelum berlakunya peristiwa hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah SAW di Madinah. Selepas itu Allah SWT telah memerintahkan agar Qiblat dialihkan ke Kaabah di Makkah.  

f)     Solat di Masjidil-Aqsa ini adalah serupa dengann 500 kali solat di mana-mana masjid lain kecuali Masjidil-Haram di Makkah dan Masjidin-Nabawi di Madinah. Di dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya:

"Solat-solat di Masjidil-Haram adalah serupa dengan 100,000 solat, dan solat-solat di masjidku (di Madinah) adalah serupa dengan 1000 solat dan solat-solat di Baitul-Maqdis adalah serupa dengan 500 solat." Tabarani

g)    Bahkan ramai para anbiya’ yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Semoga Allah memberkati mereka semua.

h)   Menurut Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.


i)     Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.

j)     Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.


k)    Terdapat juga beberapa ayat di dalam Al-Qur'an dan beberapa Hadith Rasulullah SAW yang mengambarkan keistimewaan Baitul-Maqdis di dalam Islam dan menyatakan bahawa Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya. Ayat-ayat Qur'an dan Hadith-hadith Rasulullah SAW mengenai bumi Palestin yang mulia ini menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sangat menyayanginya. Malah ketika Umar ibn Al-Khattab RA mejejakkan kakinya di kawasan ini untuk perrtama kalinya, beliau RA telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah sebahagian daripada waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.  

Setelah mentelaah ayat-ayat Qur'an, Hadith-hadith Rasulullah SAW dan juga sikap para sahabat Rasulullah SAW, tiada minda yang sihat boleh menafikan bahawa Palestin, bumi yang mulia lagi suci adalah sangat tinggi kepentingan dan keistimewaannya kepada seluruh ummah ini…





Palestin menurut perspektif Yahudi & Nasrani!!

Yahudi menganggap Palestin sebagai bumi yang dijanjikan oleh tuhan (Yehovah) kepada bangsa Yahudi. Bagi mereka, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka. Menurut iktikad mereka, di situlah tempat berlakunya peristiwa-peristiwa bersejarah mereka dan tempat pengebumian nabi-nabi mereka. Kota suci mereka berpusat di bandar al-Quds yang dipercayai nabi Sulaiman pernah membina Haikalnya dan al-Khalil (Hebron) di mana terdapat makam nabi Ibrahim.

Bagaimana pula dengan Kristian? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci iaitu tempat bermulanya agama mereka. Gereja Kiamah (Church of Nativity) yang dipercayai sebagai tempat kelahiran nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (*mengikut kepercayaan kristian). Selain itu, terdapat beberapa markas keagamaan mereka yang berada di Palestin iaitu seperti al-Quds (Jerusalem), Baitul-Laham dan Nazareth.

Atas ketiga-tiga sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu dan mengalami campur tangan kuasa-kuasa besar yang telah mengalami kristianiti. Hal ini berlaku sehinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang. Pertumpahan darah yang sangat tragis..



Thursday, 4 August 2011

Perkara Sunat di bulan Ramadhan






Salam Ramadhan Kareem semua .Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kelima untuk kita menunaikan ibadah puasa. Pada kali ini, admin nak berkongsi dengan sahabat semua tentang beberapa amalan sunat yang boleh kita lakukan ketika bulan Ramadhan yang mulia ini. Baiklah, straight to the point :

1) Membaca Al-Quran
Membaca al-Quran bukanlah suatu amalan yang susah. Bayangkan kalau di luar bulan Ramadhan setiap huruf yang dibaca mengandungi sepuluh kebaikan, apatah lagi di bulan Ramadhan! berganda-ganda tu! =) untuk menjadikan aktiviti membaca al-Quran ini lebih bermakna, amalkanlah bertadarrus ramai-ramai di malam hari selepas solat sunat Tarawih.

2) Menahan hawa nafsu
Di bulan yang mulia ini, sama-samalah kita menahan dan mendidik nafsu kita supaya mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran semasa berbuka. Selain itu, tahan segalan perbuatan dan pandangan kita daripada melihat perkara-perkara yang menaikkan syahwat.

3) Solat sunat Tarawih
Solat Tarawih sangat dituntut di bulan mulia ini. Sabda Nabi SAW, " Barangsiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah, nescaya Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang terdahulu."

4) Sedekah
Amalan memberi sedekah ini amat dituntut kerana bukan sahaja meringankan beban kepada orang yang mendapat sedekah tersebut bahkan juga mengingatkan kita betapa besarnya nikmat Allah kurniakan kepada kita. Jadi tidak salah sekiranya kita kongsikan nikmat tersebut kepada orang yang lebih memerlukan seperti golongan fakir miskin dan anak yatim walaupun sekadar sebiji kurma.

Amalan sunat lain :

@ menyegerakan waktu berbuka dan melewatkan waktu sahur
@ memperbanyakkan berdoa
@ berbuka dengan buah kurma atau makanan yang manis
@ iktikaf di masjid
@ menggandakan ibadah di 10 malam terakhir Ramadhan

Kesimpulannya, banyak amalan sunat yang boleh kita lakukan pada bulan Ramadhan. Terpulanglah kepada kita samada untuk melakukannya atau tidak. Admin mengingatkan diri admin dan sahabat semua agar sama-samalah kita menggandakan ibadat kita dengan harapan agar ianya mendapat keredhaan Allah SWT. sekiranya sahabat semua ada input tambahan atau ingin membuat penjernihan dan pencerahan berkaitan amalan sunat ini, silakan. Terima kasih kerana sudi membaca.


-Mohd Syahrul Sopian Bin Sulaiman-
(Mahasiswa Nadi Negara)

Saturday, 30 July 2011

RESIPI PILIHAN MNN : BISTIK DAGING

Sempena Ramadhan yang makin menjelang ini,Mahasiswa Nadi Negara menyediakan satu slot khas untuk resipi.Semoga resipi yang dibawakan oleh MNN ini membawa manfaat kepada semua.Bagi yang berminat,bolehlah mencuba dirumah


Bahan-bahan

- Rempah bistik (boleh dpt kt mana-mana kedai / pasar)

- bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas

- asam, garam, ajinomoto (optional ) 

- kicap pekat, gula, kerisek

-rempah tumis (buah pala,cengkih,kayu manis,bunga lawang)

- minyak utk menggoreng

- daging

Cara-cara memasak

- kisar bawang, lengkuas, halia.

- tumbuk kerisek sampai keluar minyak.

- bahan yang dikisar dibahagi dua, 1 bhgian campur dengan repah kerisek, kicap pekat (sukatan ikut suke..) & rempah bistik

- perap daging yg dah di hiris halus dengan campuran kerisek, rempah bistik, etc tu td.. (perap dlm 2 jam. lebih lama lebih sedap)

- panaskan minyak tumis rempah tumis.. rempah tumis (buah pala, cengkih, kayu manis, bunga lawang). da naik bau, masukkan bahan kisar ynag sebahagian ladi tadi

- masukkan daging yg telah diperap

- masak hingga empuk.Bile sudah empuk baru masukkan asam, garam, gula, etc..

* petua: kalau x empuk jugak, masukkan sudu dlm bistik tu dlm kuali. insya'Allah cepat empuk.. :)

(Sumber : Hidayatul Hajar / Che Dett)
-Mahasiswa Nadi Negara-

TESTIMONIAL OLEH SEBAHAGIAN AHLI MAHASISWA NADI NEGARA



Friday, 29 July 2011

KITA SEMAKIN KEJAM

MAYAT BAYI DALAM BEG TANGAN WANITA


NILAI: “Saya ingatkan beg tangan itu berisi duit, namun sebaik membukanya, saya terkejut melihat sehelai tuala berdarah dan apabila disentuh ia terasa lembut,” kata Azmi Talib, 48, pengguna jalan raya yang menemui mayat bayi lelaki di Kilometer 282.4, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur masuk Nilai, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, Azmi yang kebetulan berhenti di bawah jambatan di lebuh raya berkenaan untuk makan durian bersama seorang rakannya mula sangsi melihat beg tangan wanita dalam keadaan masih elok dalam longkang berhampiran.

“Saya dan rakan menaiki dua motosikal dalam perjalanan pulang ke Gombak dari Muar, Johor, berhenti di situ kerana terlalu penat. Kami kemudian berhenti untuk makan durian dibawa dari kampung.



“Kemudian saya pergi ke longkang untuk membuang air kecil lalu ternampak beg masih lagi elok dan tergerak hati untuk membukanya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia bagaimanapun terkejut selepas ternampak kain berlumuran darah.


Katanya, dia tidak berani membuka bungkusan kain dalam beg itu dan terus menahan sebuah kereta peronda polis yang kebetulan melalui kawasan itu.





“Seorang anggota polis itu kemudian mengangkat beg ke atas dan membuka bungkusan itu sebelum menemui mayat bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan sebaik dimaklumkan penemuan mayat bayi itu. 

“Berdasarkan kepada siasatan awal mendapati bayi lelaki itu dipercayai baru dilahirkan kerana tali pusat dan uri masih ada padanya,” katanya.

“Malah, uri juga dibungkus dalam beg plastik berasingan dan diletakkan bersebelahan bayi itu. Bayi lelaki itu dibalut dengan tuala dan lampin di dalam sebuah beg tangan perempuan berwarna coklat,” katanya di sini, semalam.


Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu kerja penyiasatan.


Beliau berkata, bayi itu dipercayai keturunan Melayu dan mayatnya itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.


Polis masih mengesan suspek membuang bayi itu dan orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran.



(Sumber : Harian Metro 30 Julai 2011)


Lihatlah dunia

Lihatlah dunia wahai manusia
Simpati itu seakan tiada
Nyawa itu seakan boneka
Takdir itu seakan manusia yang punya kuasa

Lihatlah dunia wahai manusia
Berapa nilai nyawa?
Berapa harga sebuah kehidupan?
Manusia itu dijadikan mulia
KIni ..
Aku hanya mampu terdiam
Aku hanya mampu terdiam
Aku hanya mampu terdiam
Ini bukan anak bangsaku
Ini bukan warisanku
Ini bukan impian kita

Lihatlah dunia wahai manusia
Lihatlah dunia wahai Melayu
Umat kita dibunuh tanpa rasa simpati
Nun jauh di negara-negara gila kuasa
Kita disini
Di bumi bertuah
Membunuh generasi
Aku malu
Sudah ramai pemimpinku berkata 'Bangkitlah Melayu'
Ternyata Melayu masih layu

Lihatlah dunia wahai manusia
Lihatkah dunia wahai Melayu

-Arif Haikal-
(Mahasiswa Nadi Negara)


Palestin - Tangisan dan Derita (siri 2)

Dimanakah letaknya bumi Palestin??

Palestin dulu dikenali sebagai sebuah wilayah barat-daya di negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan.

Palestin berada di kawasan yang beriklim mediteranian dan keluasan Palestin  kini dianggarkan seluas 27,009 km persegi. Hari ini, kawasan geografi ini dibahagikan kepada negeri Israel (yang ditubuhkan pada bulan Mei 1948), Tebing Barat (termasuk Jerusalem timur) dan Semenanjung Gaza yang diduduki oleh Israel pada tahun 1967.

Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk tanam sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap sebagai bandar yang didatangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.