Attention To All Readers
If you have any comment or suggestion for this blog, do tell us.
And if you guys have anything to be share, do enlighten us by sending us email at
mahasiswa.nadi.negara@gmail.com

Thursday, 4 August 2011

Perkara Sunat di bulan Ramadhan






Salam Ramadhan Kareem semua .Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kelima untuk kita menunaikan ibadah puasa. Pada kali ini, admin nak berkongsi dengan sahabat semua tentang beberapa amalan sunat yang boleh kita lakukan ketika bulan Ramadhan yang mulia ini. Baiklah, straight to the point :

1) Membaca Al-Quran
Membaca al-Quran bukanlah suatu amalan yang susah. Bayangkan kalau di luar bulan Ramadhan setiap huruf yang dibaca mengandungi sepuluh kebaikan, apatah lagi di bulan Ramadhan! berganda-ganda tu! =) untuk menjadikan aktiviti membaca al-Quran ini lebih bermakna, amalkanlah bertadarrus ramai-ramai di malam hari selepas solat sunat Tarawih.

2) Menahan hawa nafsu
Di bulan yang mulia ini, sama-samalah kita menahan dan mendidik nafsu kita supaya mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran semasa berbuka. Selain itu, tahan segalan perbuatan dan pandangan kita daripada melihat perkara-perkara yang menaikkan syahwat.

3) Solat sunat Tarawih
Solat Tarawih sangat dituntut di bulan mulia ini. Sabda Nabi SAW, " Barangsiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah, nescaya Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang terdahulu."

4) Sedekah
Amalan memberi sedekah ini amat dituntut kerana bukan sahaja meringankan beban kepada orang yang mendapat sedekah tersebut bahkan juga mengingatkan kita betapa besarnya nikmat Allah kurniakan kepada kita. Jadi tidak salah sekiranya kita kongsikan nikmat tersebut kepada orang yang lebih memerlukan seperti golongan fakir miskin dan anak yatim walaupun sekadar sebiji kurma.

Amalan sunat lain :

@ menyegerakan waktu berbuka dan melewatkan waktu sahur
@ memperbanyakkan berdoa
@ berbuka dengan buah kurma atau makanan yang manis
@ iktikaf di masjid
@ menggandakan ibadah di 10 malam terakhir Ramadhan

Kesimpulannya, banyak amalan sunat yang boleh kita lakukan pada bulan Ramadhan. Terpulanglah kepada kita samada untuk melakukannya atau tidak. Admin mengingatkan diri admin dan sahabat semua agar sama-samalah kita menggandakan ibadat kita dengan harapan agar ianya mendapat keredhaan Allah SWT. sekiranya sahabat semua ada input tambahan atau ingin membuat penjernihan dan pencerahan berkaitan amalan sunat ini, silakan. Terima kasih kerana sudi membaca.


-Mohd Syahrul Sopian Bin Sulaiman-
(Mahasiswa Nadi Negara)

Saturday, 30 July 2011

RESIPI PILIHAN MNN : BISTIK DAGING

Sempena Ramadhan yang makin menjelang ini,Mahasiswa Nadi Negara menyediakan satu slot khas untuk resipi.Semoga resipi yang dibawakan oleh MNN ini membawa manfaat kepada semua.Bagi yang berminat,bolehlah mencuba dirumah


Bahan-bahan

- Rempah bistik (boleh dpt kt mana-mana kedai / pasar)

- bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas

- asam, garam, ajinomoto (optional ) 

- kicap pekat, gula, kerisek

-rempah tumis (buah pala,cengkih,kayu manis,bunga lawang)

- minyak utk menggoreng

- daging

Cara-cara memasak

- kisar bawang, lengkuas, halia.

- tumbuk kerisek sampai keluar minyak.

- bahan yang dikisar dibahagi dua, 1 bhgian campur dengan repah kerisek, kicap pekat (sukatan ikut suke..) & rempah bistik

- perap daging yg dah di hiris halus dengan campuran kerisek, rempah bistik, etc tu td.. (perap dlm 2 jam. lebih lama lebih sedap)

- panaskan minyak tumis rempah tumis.. rempah tumis (buah pala, cengkih, kayu manis, bunga lawang). da naik bau, masukkan bahan kisar ynag sebahagian ladi tadi

- masukkan daging yg telah diperap

- masak hingga empuk.Bile sudah empuk baru masukkan asam, garam, gula, etc..

* petua: kalau x empuk jugak, masukkan sudu dlm bistik tu dlm kuali. insya'Allah cepat empuk.. :)

(Sumber : Hidayatul Hajar / Che Dett)
-Mahasiswa Nadi Negara-

TESTIMONIAL OLEH SEBAHAGIAN AHLI MAHASISWA NADI NEGARA



Friday, 29 July 2011

KITA SEMAKIN KEJAM

MAYAT BAYI DALAM BEG TANGAN WANITA


NILAI: “Saya ingatkan beg tangan itu berisi duit, namun sebaik membukanya, saya terkejut melihat sehelai tuala berdarah dan apabila disentuh ia terasa lembut,” kata Azmi Talib, 48, pengguna jalan raya yang menemui mayat bayi lelaki di Kilometer 282.4, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur masuk Nilai, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, Azmi yang kebetulan berhenti di bawah jambatan di lebuh raya berkenaan untuk makan durian bersama seorang rakannya mula sangsi melihat beg tangan wanita dalam keadaan masih elok dalam longkang berhampiran.

“Saya dan rakan menaiki dua motosikal dalam perjalanan pulang ke Gombak dari Muar, Johor, berhenti di situ kerana terlalu penat. Kami kemudian berhenti untuk makan durian dibawa dari kampung.



“Kemudian saya pergi ke longkang untuk membuang air kecil lalu ternampak beg masih lagi elok dan tergerak hati untuk membukanya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia bagaimanapun terkejut selepas ternampak kain berlumuran darah.


Katanya, dia tidak berani membuka bungkusan kain dalam beg itu dan terus menahan sebuah kereta peronda polis yang kebetulan melalui kawasan itu.





“Seorang anggota polis itu kemudian mengangkat beg ke atas dan membuka bungkusan itu sebelum menemui mayat bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan sebaik dimaklumkan penemuan mayat bayi itu. 

“Berdasarkan kepada siasatan awal mendapati bayi lelaki itu dipercayai baru dilahirkan kerana tali pusat dan uri masih ada padanya,” katanya.

“Malah, uri juga dibungkus dalam beg plastik berasingan dan diletakkan bersebelahan bayi itu. Bayi lelaki itu dibalut dengan tuala dan lampin di dalam sebuah beg tangan perempuan berwarna coklat,” katanya di sini, semalam.


Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu kerja penyiasatan.


Beliau berkata, bayi itu dipercayai keturunan Melayu dan mayatnya itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.


Polis masih mengesan suspek membuang bayi itu dan orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran.



(Sumber : Harian Metro 30 Julai 2011)


Lihatlah dunia

Lihatlah dunia wahai manusia
Simpati itu seakan tiada
Nyawa itu seakan boneka
Takdir itu seakan manusia yang punya kuasa

Lihatlah dunia wahai manusia
Berapa nilai nyawa?
Berapa harga sebuah kehidupan?
Manusia itu dijadikan mulia
KIni ..
Aku hanya mampu terdiam
Aku hanya mampu terdiam
Aku hanya mampu terdiam
Ini bukan anak bangsaku
Ini bukan warisanku
Ini bukan impian kita

Lihatlah dunia wahai manusia
Lihatlah dunia wahai Melayu
Umat kita dibunuh tanpa rasa simpati
Nun jauh di negara-negara gila kuasa
Kita disini
Di bumi bertuah
Membunuh generasi
Aku malu
Sudah ramai pemimpinku berkata 'Bangkitlah Melayu'
Ternyata Melayu masih layu

Lihatlah dunia wahai manusia
Lihatkah dunia wahai Melayu

-Arif Haikal-
(Mahasiswa Nadi Negara)


Palestin - Tangisan dan Derita (siri 2)

Dimanakah letaknya bumi Palestin??

Palestin dulu dikenali sebagai sebuah wilayah barat-daya di negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan.

Palestin berada di kawasan yang beriklim mediteranian dan keluasan Palestin  kini dianggarkan seluas 27,009 km persegi. Hari ini, kawasan geografi ini dibahagikan kepada negeri Israel (yang ditubuhkan pada bulan Mei 1948), Tebing Barat (termasuk Jerusalem timur) dan Semenanjung Gaza yang diduduki oleh Israel pada tahun 1967.

Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk tanam sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap sebagai bandar yang didatangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.








Marhaban Ya Ramadhan

YA ALLAH YA RAHMAN ...
YA ALLAH YA RAHIM ...

YA ALLAH mungkin ini ramadhan terakhirku ...
terima kasih sudah KAU singgahi diri ini dengan CINTAMU.
meskipun rasa malu ta terhingga dihadapanMU
ta sanggup membalas semua CINTAMU dgn sempurna
rasa lemah, hina & kotor menyelimuti diri ini ...
ta berdaya dalam keterkalahkan oleh nafsu & dunia

YA ALLAH ...
bila KAU ta menolongku di RAMADHAN ini
hancur & musnahlah si hina ini ...
sungguh ta sanggup hamba menanggung semua beban dosa ini
ta sanggup hamba menanggung masa dimana semuanya ta berguna

Duhai RAJAku SANG RAJA RAMADHAN ...
Duhai PANGERAN CINTA SANG RAMADHAN ...
Tolonglah aku dengan ampunan & kemurahan CINTA KASIH SAYANGMU
jenguklah aku dlm derita ini, meskipun berlumur dosa ta terhingga.
bila KAU hanya mau menemui mereka yg berpakaian cahaya
lalu bagaimana dgn diri ini yg berpakaian nista & hina
kemana lagi diri ini akan kembali selain kepadaMU

YA ALLAH ...
sungguh ta sanggup hamba hidup tanpaMU
sejuta keperihan, keterhinaan,cacian & makian dapat ku lewat
tapi 1 detikpun aku ta sanggup melewati hidup ini tanpaMU
berpisah denganMU bagiku adalah sejuta neraka jahannam

YA ALLAH ...
begitu kotornya diri ini ... KAU TAU itu
KAU MAHA TAHU, dan KAU CIPTAKAN aku dlm keterbatasan
bila ta KAU bebaskan dari penjara2ku ini
sungguh ta dapat kubayangkan keabadian derita yg amat sangat bagiku.

TOLONG HAMBA YA ALLAH YA RASULULLAH
berbelaskasihanlah pada sihina ini ...
hamba mengingnkan DIRIMU ...
ajarilah hamba utk selalu bersamaMU dalam hidup & matiku
ijinkanlah & jadikanlah atas hak & kuasaMU terhadapku
Ramadhan ini aku dapat kembali padaMU
berjumpa dengan RASULMU YG TERKASIH KINASIH
berkumpul dengan para PECINTAMU dalam CAHAYA KASIH

YA ALLAH ...
ijinkanlah & jadikanlah atas hak & kuasaMU terhadapku
AKU menjadi RAMADHAN bagiku
RAMADHAN menjadi AKU bagiku
bersatulah AKU dalam RAMADHAN
hingga hari2ku, tiap detikku, tiap tarikan nafasku adalah RAMADHAN
hingga hari2ku, tiap detikku, tiap tarikan nafasku adalah NUZULUL QUR"AN
hingga hari2ku, tiap detikku, tiap tarikan nafasku adalah LAILATUL QADAR
selalu berjumpa denganMU

ampuni hamba DUHAI YANG MAHA PENGAMPUN
tenggelamkanlah hamba, kedua orang tua hamba, keluarga hamba, istri & seluruh keturunan hamba hingga akhir jaman, orang2 yg menjadi tanggung jawab hamba dalam kasih & sayangMU, sahabat2, orang2 yg membenci hamba & seluruh umat islam didunia & diakherat dari timur hingga barat dalam samudera PENGAMPUNANM, dalam samudera KEDERMAWANANMU ...

MARHABAN YA RAMADHAN duhai diriku ...
MARHABAN YA RAMADHAN CINTAku ...
MARHABAN YA RAMADHAN saudara2ku ...

kelapangan maaf & kasih saudara2 seperti CAHAYA bagiku
CAHAYA yg menerangi jalan gelapku
sudilah kiranya saudara2ku berbagi CAHAYA pada yg gelap & hina ini
harapku semoga ALLAH mengambilku dalam CINTA yg sempurna
yg terbungkus oleh CAHAYA & diantara CAHAYA itu ada bagian dari rasa maaf saudara2ku
pada diri ini ...

MAAF BATHIN LAHIR YA ALLAH ...
MAAF BATHIN LAHIR YA RASULULLAH ...
MAAF BATHIN LAHIR YA WALIYULLAH ...
MAAF BATHIN LAHIR ...
MAAF BATHIN LAHIR ...
MAAF BATHIN LAHIR saudara2ku & seluruh makhluk di alam jagat raya ini

MERDEKA ...

Gatot Kaca@nhe/SaljuSnow

Thursday, 28 July 2011

Karya Mahasiswa

Embun Pergi,Pelangi pudar kembali

Melakar embun di kala fajar sudah menyinsing.
Menanti tabir pelangi
Wujudkah bahagia yang kita impi?
Wujudkan sirna yang makin tercela?
Tak terperi luka-luka semalam

Mencoret erti suka, erti duka
Tanam diri kau jauh-jauh.
Dalam
Amat dalam untuk di eskavasi
Sulit
Terlalu sulit menebak gulana dalam hati
Titis-titis embun kian pergi.
Tinggal pelangi makin pudar..
Pudar
Lalu pergi.
Selamat tinggal embun
Selamat tinggal pelangi
Moga kita ketemu lagi.
Aku undur diri

-AmiraIsmail, 2011-
(Mahasiswa Nadi Negara)