Attention To All Readers
If you have any comment or suggestion for this blog, do tell us.
And if you guys have anything to be share, do enlighten us by sending us email at
mahasiswa.nadi.negara@gmail.com

Tuesday, 31 January 2012

CORRUPTER IS REGARDED AS A PARASITE TO THE COMMUNITY...





CORRUPTION, CORRUPTION, CORRUPTION


These are the magic words that we are going to hear today..


Why do I say magic??


Is it a magic that can transform you into a....

PRINCESS??

Or..


Is it a black magic that can DOOM you entire.....

LIFE??



I believe that without corrupter, there will be no corruption. Corrupter is regarded as a parasite to the community. The community must unite to fight these corrupters. The reason is simple: corrupter respects no borders, knows no economic distinctions and infects all forms of government and nation..


A simple example about corrupter ------>>>

“A man decided to go fishing. He rented a boat. He noticed that there was a small hole at the center of the boat but he ignored it. To him the hole was just another small matter. So he pursued his desire to go on fishing. He sure is an expert in fishing because he caught a lot of fish. Lost in excitement, he failed to notice that the boat was slowly sinking as more water has gushed in through the small leak. In the end, he lost everything, the catch, the boat and his own life.”


Now..

The boat represents = the community

The leak represents = the corrupter.

If we do not do anything to the leak, I mean the corrupter; the whole community will be corrupted just like the boat. As the saying goes, a small leak will sink a great ship.

Do we want this to happen to our community?


There are various types of corruption done by the corrupters, such as political corruption, data corruption, linguistic corruption and many more. Now, what are the damages done by these corrupters?

The cost of corruption is 3-fold = political, economic and social..

Politically = Corruption is like a cancer on the integrity of a governmental body. It is a major obstacle to the democracy and the rule of law. In a democratic system, offices and institutions lose their legitimacy when they are misused for personal advantages. So guys, do we want corrupted leaders in our community? Leaders who swindle our money for personal gain? Think about it.

Economically = The damages done by the corrupter will lead to the depletion of national’s wealth. Do we want that to happen to our country? We had witnessed how other countries like Indonesia had suffered when their leader was involved in corruption. The country was in chaos and their economy also dropped.

Socially = Moral values are not important anymore to the corrupter. He only thinks about himself, about how to gain something by using others. To him there is nothing more important than his own pleasure. This parasite will suck out the moral values out of everyone in order to get what he wishes for. It’s true that not everyone is born with silver spoon in his mouth. We have to work hard to gain something, NO PAIN NO GAIN.

So, should we just close our eyes to these corrupters??

We should always remember how parasites work, slowly sucking out all the good things. So, we need to combat this corrupter quickly!!

But how are we going to do so?? ---- >>> My suggestion is by developing human capital..


And how are we going to develop human capital???


For me, the answer for this question is through education..

Why education?

Education = is a lifelong process. The knowledge will be there forever from the day we were born till we rest in peace.

It’s being normal when the moment we mentioned the word education, everybody will picture the building of a school ------>>



But, do we know that education actually starts at ----- >>>

HOME!!


Since we are small our parents have taught us the good moral values. When we go to school, we also learn about moral values in all subjects. We have learned moral, religious and civic subjects that further enhances these moral values. The good values that we learnt are from these subjects are meant to be applied in our daily lives not just for exam purposes. These subjects also act as basic knowledge for student to develop human capital.


Policy ------ >>>>


That is why our government has come up with NIP (National Integrity plan) and The National Blueprint or better known as PIPP (long time ago) in order to develop human capital. Both plans stress on the developing human capital with good values. MACC or Malaysian Anti-Corruption Commission is responsible to reduce corruption in Malaysia. They come up with their vision to make Malaysia free from corruption with good values because they believe good values are the best weapon to combat corrupters.


However we should NOT pin point our fingers to MACC only when it comes to corruption..

Have a clear view ladies and gentlemen..

when we point one finger to MACC, how many fingers are pin pointing back at us? All the fingers are stuck on one hand…

not good.. not good..


It is our responsibility to help MACC in combating these parasites. We have to work together, hand in hand for united we stand, divided we fall.


So, I would like to salute to all Malaysians for we are going to celebrate the 55th Independence Day with respect. But remember dear Malaysians… 55th is just not enough, if you want to celebrate 100 years of independence, we must be free from corruption. In life there are ups and downs no matter what happens we must kill these parasites... But How??


Let's Think Bout It Together..



~

Friday, 27 January 2012

Edisi untuk kita yang sering lupa : Nama2 Syaitan dalam Surah Al-Fathiah

Assalamualaikum....

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

p/s: oleh sebab itu marilah kita sama memperbetulkan makhraj dan menggunakan kaedah pembacaan alquran yang betul (tartil)....bukan sahaja utk membaca surah alfatihah...tapi utk membaca alquran seluruhnya.......

oleh : Nurul Bahiah

~Mahasiswa Pemangkin Generasi Terbilang~ ~

Thursday, 26 January 2012

Siapa Perjuang Sebenar??



Alhamdulillah, Allah s.w.t mengurniakan seorang manusia yang pandangan dan pendiriannya begitu jelas dan amat berguna kepada umatnya..

Saya sebagai seorang Melayu beragama islam berasa amat bangga kerana jiwa Tun M lebih hebat dari saya dan juga rakan-rakan saya dalam memperjuangkan islam dan mempertahankan Melayu..

Saya amat tertarik dengan Isu judi dan Bahasa Melayu yang Tun M suarakan..

"Saya akan luluskan lesen judi kalau saya berkuasa" itulah kata-kata Mantan PM kita Tun M..

Di sini bukan saya ingin mempertahankan pendapat Tun M tapi apa yang tersirat dalam kata-kata tersebut. Maka mereka yang "memperjuangkan Islam" terus menghentamnya..

Adakah kita dapat menjawab bila ia berkata kita tak boleh halang orang makan babi (khinzir)?? begitulah juga judi dikalangan orang bukan Islam..

Tetapi apa bezanya kenyataan pemimpin yang kononnya bergelar ulama mengatakan ianya keperluan untuk orang-orang bukan islam lalu diluluskan lesen sampai 44, itu baru satu negeri..

Ianya tiada beza bila mengatakan Umno itu rasis bila memperkatakan hak-hak Melayu.. Tetapi bila kaum lain bersuara tidak pulak macam perangai Yahudi jadinya..

Menjadikan umat Islam keliru kejap halal kejap haram sedangkan hukumnya jelas. Maknanya Umno itu adalah Parti Islam yang sebenar kerana dia tidak boleh meluluskan lesen judi berbanding parti yang kononnya memperjuangkan islam..

Saya amat khuatir bila sampai masanya akhir dunia kuasa memerintah diberi kepada mereka yang bukan mahir dalam bidangnya (tak sebut islam ke tidak).. Jangan terkejut kalau ada Timbalan Menteri Agama dari kalangan bukan islam suatu hari nanti di Malaysia macam Timbalan Menteri Pelajaran.. Tak mustahil kerana ramai yang pandai baca ayat2 Al-quran lebih-lebih lagi dikhalayak ramai sekarang ini..

Jadi kenyataan Tun M adakah kenyataan sinis beliau mengenai judi sebagaimana pembatalan lesen judi oleh PM atas dasar pandangan rakyat..

Siapa sebenarnya yang memperjuangkan Islam.. Janganlah kita mendabik dada. Ikutah resmi padi; makin berisi makin menunduk.. Perjuangkanlah dengan tindakan bukan hanya cakap yang boleh berubah-rubah.. Allah Maha mengetahui...


~Mahasiswa Pemangkin Generasi Terbilang~

Monday, 16 January 2012

Kepentingan Mempelajari Bahasa Inggeris [Realiti]

Oleh Cik Mie ( Mahasiswa Nadi Negara )



1. Mentaliti orang Malaysia terutama Orang Melayu berhubung penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pembelajaran amat mendukacitakan.

2. Masih ramai lagi yang tidak memandang dari sudut realiti terutama apabila memasuki pusat pengajian tinggi yang rata-rata buku rujukan yang ada di dalam perpustakaan, adalah di dalam Bahasa Inggeris.

3. Jika pengkritik hanya pandai mengkritik dan memberi pandangan yang hanya berat sebelah pihak, ianya akan menyebabkan mereka mengeluarkan kritikan negatif dan tidak berpijak ke dunia realiti.

4. Bukan semua pusat pengajian tinggi menggunakan Bahasa Melayu semasa di dalam kelas dan proses pembelajaran. Tambahan pula, pensyarah berasal dari luar negara, sudah pasti beliau akan mengajar di dalam Bahasa Inggeris. Nota-nota yang diberikan semuanya di dalam Bahasa Inggeris melainkan jika pensyarah itu warganegara atau berasal dari kepulauan Melayu atau yang fasih berbahasa Melayu.

5. Apabila pengkritik mengaitkan dengan agama, ianya seakan-akan mereka sudah betul tetapi agama bukan hanya agama untuk satu-satu bangsa dan ianya adalah untuk semua. Jika ingin berhubung atau memberi penerangan agama Islam kepada muallaf yang berasal dari luar negara terutama Eropah atau kepulauan Inggeris, bahasa asing perlu dikuasai.

6. Berkenaan buku rujukan di perpustakaan, amat susah untuk mencari buku rujukan di dalam Bahasa Melayu terutama subjek Sains seperti Biologi, Kimia dan Fizik. Istilah yang digunakan jika dialihbahasa, maksud yang diberikan tidak tepat dan kena dengan maksud sebenar. Begitu juga dengan bahasa yang digunakan, ada juga istilah Latin, Greek dan lain-lain lagi bahasa di dalamnya.

7. Bagi peniaga yang ingin mendapat pendapatan lebih, mereka boleh memasarkan produk barangan mereka ke luar negara dan Bahasa Inggeris adalah antara contoh bahasa yang perlu dipelajari. Jika tidak, agak susah untuk memberi penerangan terutama berkenaan kandungan di dalam makanan, apa kegunaan produk yang dikeluarkan dan kelebihan produk mereka berbanding produk yang dikeluarkan oleh syarikat lain.

8. Tidak ada paksaan untuk menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Jika dikuasai, peluang pekerjaan lebih cerah apabila pelajar menamatkan pengajian dan mencari kerja di syarikat-syarikat antarabangsa serta boleh bekerja di luar negara.

9. Apabila manusia sentiasa berada di dalam zon selesa, tahap pemikiran mereka agak terbatas dan pemikiran mereka agak terkongkong; lebih suka berada di tempat yang sama.

10. Ini berlawanan dengan seruan agama dan melalui alunan azan yang mengajak umat Islam khususnya untuk menuju kejayaan. Alunan azan setiap hari adalah sebanyak 5 kali sehari yang sentiasa menyeru umatnya begerak lebih aktif dan bukannya pasif atau tidak bergerak langsung.

11. Jika di dalam pemikiran manusia sudah diasuh sejak kecil lagi untuk tidak berubah, sudah pastinya manusia tidak akan berubah.



~Mahasiswa Pemangkin Generasi Terbilang~

Friday, 6 January 2012

JaSA ANwaR IBraHIM

Artikel adalah Ehsan AIDC


Oleh Yahaya Ismail

Kesilapan Mahathir yang paling besar ialah perlantikan Anwar sebagai Menteri Kewangan untuk menggantikan Tun Daim Zainuddin. Ini kementerian penting yang perlu dipimpin oleh seorang yang benar-benar berpengalaman di bidang ekonomi dan kewangan ataupun perdagangan. Tentulah tidak wajar seorang yang berkelulusan B.A dalam bidang kebudayaan Melayu yang tidak pernah terlibat dalam dunia korporat dan tidak mempunyai pengalaman langsung di bidang ekonomi menjadi menteri kewangan. 

Tapi Mahathir terlalu sayangkan Anwar di waktu itu hingga tidak nampak langsung kelemahan dan kecacatan Anwar. Dia juga pernah menjadi seorang yang taksub terhadap Anwar pada suatu ketika dahulu.


Anwar menggunakan kesempatan sebagai Menteri Kewangan untuk meluaskan sokongan para pemimpin bahagian dan juga kalangan korporat terhadapnya melalui pemberian pink forms, saham-saham Bumiputera sebanyak 30% kepada kroni-kroninya dan menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk mendapatkan berbagai kemudahan dan projek-projek besar untuk orang-orangnya. Boleh dikatakan Anwar menjadi lebih perkasa dalam politik dan juga dipandang lebih mulia dan hebat setelah dia menjadi Menteri Kewangan. 

Boleh dikatakan politik wang yang diheboh-hebohkan dalam persidangan UMNO beberapa tahun yang lalu adalah berpunca dari kroni-kroni Anwar yang menabur berjuta-juta ringgit untuk membeli undi dan kedudukan dari para perwakilan sekalian. Banyak para perwakilan UMNO tahu hal ini dan juga para pemerhati politik sekalian.

Skandal kewangan yang paling besar ialah kerugian Bank Negara sebanyak lebih dari RM10 bilion akibat pembabi dalam forex (tukaran wang asing). Dikatakan hanya seorang pegawai tinggi yang berpengalaman diberi kuasa untuk membeli dan menjual forex. Dikatakan juga pegawai tersebut kononnya mendabik dada bahawa dia juga seorang pakar dalam bidang perbankan Islam. Anwar dikatakan sangat tertarik dengan ilmu perbankan Islam dari pegawai tersebut. 

  Anwar Ibrahim bersama Vincent Tan, boss judi Sport Toto

Oleh sebab dia kurang arif tentang forex, tidak seperti Tun Daim dan Tengku Razaleigh yang pemah menjadi Menteri Kewangan sebelum Anwar, maka dia tidak meneliti secara serius pembabitan Bank Negara dalam mainan forex tersebut yang dianggap terlalu tinggi dan membahayakan kepentingan negara. 

Dia hanya menerima nasihat dari Bank Negara dan tidak bertindak den tegas sebagai Menteri Kewangan untuk menilai semula pembabitan wang rakyat dan negara yang terlalu banyak untuk bisnes forex. Pada mulanya dikatakan cuma "rugi atas kertas” tetapi sebaliknya memang benar negara kita kerugian lebih dari RM10 bilion akibat ketiadaan pengawasan yang teliti Menteri Kewangan.

Kesilapan besar terletak pada Anwar sebagai Menteri Kewangan. Di negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan skandal kewangan tersebut dianggap sebagai kesalahan Menteri Kewangan. Dia mesti meletak jawatan tanpa disuruh berbuat demikian.

Tapi Anwar tidak sanggup meletak jawatan. Yang terpaksa meletak jawatan akibat skandal tersebut ialah bekas Gavernor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussein (allahyarham) dan pegawai yang kononnya dianggap pakar perbankan Islam dan forex. Kini dikatakan pakar forex tersebut diambil semula berkhidmat dengan Bank Negara.

Oleh sebab dia tidak menguasai bidang ekonomi dengan baik, tanpa latar belakang dunia korporat atau pun mempunyai asas yang kukuh di bidang ekonomi maka dia terpaksa mendengar nasihat dari pihak Bank Negara dan juga pegawai-pegawai tertentu di kementeriannya dan bertindak mengikut nasihat para pegawai sahaja. 





Sebaik-baiknya seorang Menteri Kewangan mestilah tahu dengan agak mendalam persoalan dan masalah kewangan, mempunyai pengetahuan ekonomi yang memuaskan supaya dia dapat mengemukakan idea-idea yang kreatif dan dinamik untuk dijadikan pedoman dalam perancangan kewangan negara. Malangnya Anwar bukan Daim atau pun Tengku Razaleigh yang luas pengalaman di bidang ekonomi dan kewangan yang memungkinkan mereka merancang dengan berkesan kewangan dan ekonomi negara.


AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.

Sunday, 1 January 2012

Fahaman Wahabi dan Salafi..

Pada 1 Januari 2012, mahasiswa/i di MNN juga sempat berkongsi ilmu mengenai

Mengenal Wahabi dan Perbezaan antara Salafi Wahabi Wahabi (sila rujuk link yang telah disediakan untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkara yang berkaitan)













Selamat Tahun Baru daripada kami = MAHASISWA NADI NEGARA~





Riot 1112 = APA KATA MAHASISWA NADI NEGARA

Seperti yang kita sedia maklum, pada 1 Januari 2012 telah berlakunya satu rusuhan daripada sekumpulan mahasiswa yang bertujuan untuk menuntut pembebasan Adam Adli dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di hadapan pintu utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi). Kedegilan dan keingkaran sekumpulan mahasiswa tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai mewakili suara seluruh mahasiswa untuk bersurai ketika menyertai demostrasi pagi tadi telah membawa kepada tragedi berdarah. jadi apa pula kata Mahasiswa-mahasiswa di MNN??


























keep it up MAHASISWA NADI NEGARA!!  =)